Sejak kebelakangan ini, pasangan pelakon Riena Diana dan Keith Foo sering melakukan siaran langsung bersama di media sosial.
Makin serasi
@milahbunga Replying to @Babyellyevans????? hahahah ! Betul dia tak pakai filter memang dia lawa sangat ? ce tengok bila Keith puji Riena ni haha #foryou #fypdongggggggg #foryoupageofficiall #fyppppppppppppppppppppppp #rienadiana #keithfoo #romantik @riena diana @Keith Foo Official
? Beautiful Moments – Musik Relaksasi ID
Menerusi siaran langsung di TikTok, Keith memuji kejelitaan wajah Riena meskipun tidak menggunakan sebarang ‘filter’ malah keanggunannya disifatkan semula jadi.
Kau tak pakai filter pun lawa gila. Lawa teruk!
Kau patut bersyukur mempunyai kecantikan yang semula jadi. Itu adalah perkara pertama yang membuatkan aku jatuh cinta. Itu fakta bukan auta.
Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal kelihatan tersipu malu apabila dipuji.
Dalam masa yang sama, aktres berusia 26 tahun itu mengakui mereka mula menjalin hubungan cinta ketika bergandingan di dalam sebuah drama.
Mula bercinta dekat set penggambaran, memang cinta lokasi pun. Bila dah habis penggambaran pun kita masih lagi bersama.
Terdahulu, Riena mengakui tidak mahu terburu-buru dan belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga bersama Keith.
Riena juga menafikan dakwaan bahawa hubungan cinta mereka adalah atas tujuan mempromosikan drama bersiri Salju Rindu.
Sebelum ini, Riena dan Keith membuat pengakuan bahawa mereka sedang bahagia bersama dan tidak menolak jika ditakdirkan mereka bertemu jodoh, suatu hari nanti.