Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Kekasih Arwah Nidza Afham Nyanyi Lagu ‘Rindu Setengah Mati’, Netizen Titip...

    [VIDEO] Kekasih Arwah Nidza Afham Nyanyi Lagu ‘Rindu Setengah Mati’, Netizen Titip Kata Semangat – ‘Terus Kuat Miera’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Teman wanita kepada Allahyarham Nidza Afham iaitu Hazmiera Amrisya mencuri tumpuan apabila memuat naik video menyanyikan lagu berjudul Rindu Setengah Mati.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Arwah Nidza Afham Sempat Hadir Ke Expo Perkahwinan Bersama Kekasih, Tersenarai Sebagai Bakal Pengantin

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Kekasih Nidza Afham Belum ‘Move On’, Harap Masa Akan Mengubati – ‘Saya Bahagia Kalau Awak Bahagia, Doakan Saya Dekat Sini Okay?’

    Rindu setengah mati

    Menerusi perkongsian di TikTok, nyanyian tersebut dipercayai merupakan penyertaannya untuk sebuah pertandingan serlahkan bakat.

    Di dalam video tersebut, kelihatan wajah Hazmiera yang sedih sambil menyanyikan bait-bait lirik lagu itu.

    Aku rindu setengah mati kepadamu..sungguh ku ingin kau tahu, aku rindu setengah mati…

    Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat dan mendoakan agar Hazmiera terus kuat.

    Ya Allah menangis bila dengar. Kuat terus kak Miera. Al-Fatihah Nidza Afham.

    Allahu terus kuat ye Miera. Semoga Am ditempatkan dikalangan orang beriman. Amin.

    Dia tak nyanyi, dia luahkan isi hati.

    Pada 15 Ogos lalu, arwah Muhammad Nidza Afham, 23, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Puncak Alam.

    Terdahulu, polis mengesahkan mayat yang ditemui terapung di sekitar Jambatan Sungai Klang ialah Nidza Afham pada 14 Ogos yang dilaporkan hilang selepas melakukan aktiviti riadah di Stadium Sultan Sulaiman pada 13 Ogos lalu.

    Kes kematian arwah diklasifikasikan sebagai mati mengejut atau ‘sudden death report’ (SDR).

    Sementara itu, Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan, berkata, hasil bedah siasat menunjukkan tiada sebarang kecederaan fizikal pada tubuh badan mangsa.

    @hazmieraamrisya00 ? #RinduSetengahMati #GimmeYourTalent #CelcomDigi #FreedomUnleashed ? original sound – Hazmiera Amrisya

    ALSO READ:  Anna Jobling Teruja Nak Guna Skil Berenang Dalam Filem Duyung – ‘Saya Pernah Wakil Selangor Dalam Sukan Tersebut’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts