Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Kekasih Nidza Afham Belum ‘Move On’, Harap Masa Akan Mengubati –...

    [VIDEO] Kekasih Nidza Afham Belum ‘Move On’, Harap Masa Akan Mengubati – ‘Saya Bahagia Kalau Awak Bahagia, Doakan Saya Dekat Sini Okay?’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Teman wanita Allahyarham Nidza Afham yang dikenali sebagai Hazmiera meluahkan rasa sedih susulan masih belum dapat menerima hakikat pemergian penyanyi itu.

    ‘Sayang awak bergembira lah disana ya sayang’


    Menerusi hantaran di Instagram Story, Hazmiera berkongsi momen di mana dia bersama keluarga Allahyarham Afham berada di kubur untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah.

    Hazmiera akui buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk dia menerima apa yang telah terjadi. Namun berharap masa akan mengubati segala luka dan kesedihan yang dilaluinya.

    Sayang awak bergembira lah disana ya sayang. Nanti kita jumpa. Saya tak tahu sebenarnya macam mana nak move on dari semua ni. Mungkin masa akan mengubati.

    Tapi kesetiaan, kasih sayang, kebaikan, usaha sayang. Tak dapat saya cakap apa-apa lagi, semuanya cukup dan bahagia bagi saya untuk saya kenang.

    Meskipun hanya bergelar teman wanita, tetapi Hazmiera akui dia sudah cuba melakukan yang terbaik dan termampu buat Allahyarham Afham.

    Saya yakin, sayang dah gembira dekat sana. Saya bahagia, kalau sayang bahagia. Terima kasih umi terima Miera sebagai menantu umi.

    Sayang tolong doakan saya dekat sini juga okay? i love you sayang.

    Terdahulu, arwah Muhammad Nidza Afham, 23, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Puncak Alam, pada jam 6.35 petang 15 Ogos (khamis).

    Pada Rabu, polis mengesahkan mayat yang ditemui terapung di sekitar Jambatan Sungai Klang ialah Nidza Afham yang dilaporkan hilang selepas melakukan aktiviti riadah di Stadium Sultan Sulaiman pada Selasa lalu.

    Kes kematian arwah diklasifikasikan sebagai mati mengejut atau ‘sudden death report’ (SDR).

    ALSO READ:  Ali Puteh Bayar RM500 untuk Mencari Wanita Berani Menyebut Nama Isteri Kerana Menangis Kerana Kereta Dijual - 'Kisah Dari Johor'

    Sementara itu, Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan, berkata, hasil bedah siasat menunjukkan tiada sebarang kecederaan fizikal pada tubuh badan mangsa.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts