Dalam Islam, perkara utama yang harus dilakukan tuan rumah ketika kedatangan tetamu adalah menyambut dengan baik, tunjukkan kasih sayang serta tidak menunjukkan ketidaksenangan terhadap kedatangan mereka.
Itulah yang dilakukan oleh sebuah keluarga terhadap rakan-rakan anaknya ketika mereka datang ke rumah mereka sewaktu cuti semester, baru-baru ini.
‘Tumbang’ dua ekor kambing
@ciksal81 Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menghormati tetamu, maka ia menghormatiku dan sesiapa menghormatiku, maka dia memuliakan Allah dan sesiapa memarahi tetamu, maka dia marah kepadaku dan sesiapa yang marah kepadaku, maka dia memarahi Allah.” Baru berkesempatan nak edit video. Terima kasih anak2 IVM sama2 rewang sembelih & cincang Kambing. Alhamdulillah.. next time mai datang lagi kampung Danial. Kita bakar mentarang pulak ? @Afroskieee #sekinchanselangor #dxnialagrofarm ? original sound – thezaidizek – MZM
Menerusi perkongsian di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Shalfarina memaklumkan anaknya yang bernama Nial meminta izin untuk membawa kira-kira 10 orang rakan pulang ke rumah kediaman mereka sempena cuti semester.
Mendengar kepada pertanyaan anaknya itu, Shalfarina memberikan keizinan dan terus membuat persiapan untuk menyambut para tetamunya.
Antara persiapan yang dibuat termasuklah menyediakan inap desa dan menumbangkan dua ekor kambing bagi menjamu rakan-rakan kepada anaknya itu.
Okay, on ayah cadang nak sembelih kambing dua ekor. Kita jamu tetamu kita makan.
Alhamdulillah, seronok tengok orang makan apa yang kita masak.
Perkongsian tersebut kemudiannya menyorot perhatian dan telah meraih lebih 340,000 tontonan dan lebih 22,000 tanda suka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha yang dilakukan Shalfarina dan keluarganya untuk menyantuni para tetamu.