Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Keluhan Syatilla Melvin Raih Perhatian-“Pinjamkan Rahim Tapi Muka Anak Ikut Mak...

    [VIDEO] Keluhan Syatilla Melvin Raih Perhatian-“Pinjamkan Rahim Tapi Muka Anak Ikut Mak Mentua”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa tidak kenal dengan pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, yang telah berkahwin pada 8 Februari 2016 dan memiliki 3 orang anak, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.

    Syatilla Melvin merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita di Malaysia. Beliau mula berlakon pada tahun 2012, dan bakat lakonannya serta kecantikannya menjadikannya dikenali dengan cepat.

    Seperti yang kita tahu, Syatilla sering berkongsi video bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Beliau juga terkenal dengan sikap jenakanya dengan keluarganya yang menghiburkan ramai peminatnya.

    “Muka Anak Ikut Suami & Mak Mentua, Aku Mana?”

    Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @samtillahq telah menarik perhatian ramai. Video tersebut telah mendapat jumlah tontonan sebanyak 440 ribu, tanda suka sebanyak 7527 dan sebanyak 97 komen.

    Video tersebut memaparkan Syatilla Melvin yang sedang bercakap mengenai wajah anaknya yang mirip dengan suami dan mak mentuanya.

    @samtillahq

    Loan? Tilla kalau hat kelakar pergi kat dia ja🤣🤣🤣🤣

    ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

    Banyak netizen terhibur melihat video tersebut, dan ada yang mengatakan bahawa, mereka juga mengalami perkara yang sama seperti Syatilla Melvin di mana anak-anak mereka juga mirip dengan suami dan juga mak mentua.

    Bagaimanapun, tidak kisahlah mirip dengan siapa, yang penting sikap dan didikan yang terbaik perlu diberikan kepada anak-anak. Semoga kita semua mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

    Apakah pendapat anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts