Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, February 3, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment “Kemain Ye Adik-Adik Along Ni Diam Pun Boleh Sold Out..”-Fattah Amin

    [VIDEO] “Kemain Ye Adik-Adik Along Ni Diam Pun Boleh Sold Out..”-Fattah Amin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perkongsian terkini, aktor kacak, Fattah Amin mencuri perhatian netizen selepas dilihat menceburi perniagaan baharu bersama keluarganya iaitu Tudung Azizah sempena nama ibunya, Azizah Abdul Ghani.

    300,000 Penonton Sertai Sesi Live FA & Keluarga

    Fattah menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, turut menitipkan ucapan terima kasih buat 300,000 penonton yang menonton sesi live mereka di TikTok, semalam.

    “Terima kasih kepada 300,000 ribu orang yang join live Tudung Azizah semalam. First time live dengan ibu dan adik-adik saya. Maafkan kekurangan kami. Thanks ibu & family yang sentiasa ada dengan Along.”-kapsyen Fattah Amin di TikTok

    “Kemain Ye Adik-Adik Along..”

    Dalam pada itu, aktor filem Mat Kilau ini sempat mengusik gelagat adik-adiknya yang berjaya menjual tudung sehingga ‘sold out’ biarpun dalam keadaan tersipu malu di hadapan kamera.

    “Kemain ye adik-adik along ni diam pun boleh sold out. Alhamdulillah terima kasih korang.”-tulis Fattah lagi

    @fattahamin

    Terima kasih kepada 300 ribu org yg join live Tudung Azizah semalam 🫰🏻 First time live dgn ibu dan adik-adik saya. Maafkan kekurangan kami. Thanks Ibu & Family yang sentiasa ada dengan Along 💙

    ♬ suara asli – Muhammad Ramdan – Muhammad Ramdan

    Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sesi live Fattah bersama keluarganya di TikTok yang disifatkan sangat sopan serta tidak memaksa pelanggan untuk membeli. Malah, ramai yang mendoakan agar perniagaan keluarga mereka terus sukses.

    “Best sangat tengok love yang menenangkan, gelak-gelak sopan. Tak banyak cakap apatah lagi menjerit-jerit paksa orang suruh beli. Tudung-tudung pun semua cantik-cantik sama macam family.”

    “Aura ibu lain macam. Rezeki anak-anak. Alhamdulillah.”

    “Semoga terus sukses bisnes tudung FA & keluarga!.”

    “Rezeki Allah SWT tiada siapa boleh pertikaikan.”

    Apa komen anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts