Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Kemunculan Tay Tawan Gamatkan Suasana Pavilion KL Ketika Pelancaran Kempen “Takeover...

    [VIDEO] Kemunculan Tay Tawan Gamatkan Suasana Pavilion KL Ketika Pelancaran Kempen “Takeover Thailand” Oleh AirAsia

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Suasana di sekitar Pavilion Kuala Lumpur berubah menjadi lebih meriah dan gamat apabila bintang pujaan dari Thailand, Tay Tawan, membuat kemunculan yang luar biasa. Ribuan penonton dari pelbagai lapisan masyarakat telah menanti-nantikan detik-detik ketibaan artis berbakat ini di Malaysia.

    Tay Tawan, yang dikenali aktor, hos, model, dan vlogger ini tidak hanya hadir untuk menyapa peminat setianya, tetapi juga untuk menyertai kempen kerjasama dengan AirAsia yang bertajuk “Takeover Thailand”.

    “Takeover Thailand”

    Kempen ini mahu menjadikan Thailand sebagai destinasi perjalanan pilihan bagi pelancong dari Malaysia, Singapura dan Indonesia. Kempen ini tidak hanya memberikan peluang kepada peminat untuk bertemu dengan Tay Tawan secara dekat, tetapi juga mempromosikan destinasi menarik di Thailand melalui syarikat penerbangan terkemuka tersebut.

    View this post on Instagram

    Acara tersebut diselitkan dengan penampilan Tay Tawan yang menggemparkan, memukau penonton dengan kebolehan vokalnya. Pada ruang legar di Pavilion KL, Tay Tawan menghiburkan ribuan penonton dengan dua buah lagu yang memikat hati.

    Antusiasme penonton semakin meningkat apabila Tay Tawan mempersembahkan sebuah lagu kelihaiannya di atas pentas DADI cinema, diikuti dengan sesi media bersama wartawan.

    Sempena pelancaran kempen ini, AirAsia menawarkan Tempat Duduk PERCUMA* dari Kuala Lumpur ke Chiang Mai terhad untuk 72 jam bermula hari ini sehingga 3 Mac 2024 untuk tempoh perjalanan antara sekarang dan 30 November 2024. Para tetamu juga boleh menerokai destinasi lain seperti Krabi, Phuket, Hat Yai dan Bangkok dari Kuala Lumpur dengan tambang serendah RM99 termasuk semua** fasiliti.

    Tay Tawan berkata:

    “Saya berbesar hati untuk mewakili Thailand dan memainkan peranan dalam mempromosikan negara tercinta saya untuk pelancong dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.

    Thailand menawarkan pelbagai tarikan menakjubkan, daripada landskap memukau kepada rakyat yang mesra, dan saya teruja untuk terus mempromosikan destinasi ini bersama-sama AirAsia.

    Dengan menghubungkan Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand, kita bukan sahaja dapat meningkatkan sektor pelancongan malah memperkukuhkan hubungan sesama negara. Jom lawati destinasi di Thailand bersama-sama saya dan AirAsia!”- ujarnya

    *Promosi Tempat Duduk PERCUMA hanya untuk TAMBANG ASAS sahaja, tidak termasuk cukai lapangan

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts