Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Kenali 5 Jenis Strawberry Premium Korea Yang Bakal Di Bawa Masuk...

    [VIDEO] Kenali 5 Jenis Strawberry Premium Korea Yang Bakal Di Bawa Masuk Ke Malaysia

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pengenalan Strawberi Premium Korea ke Pasaran Malaysia

    Lima jenis strawberi premium Korea ke pasaran Malaysia iaitu Kuemsil, Sulhyang, King’s berry, Vitaberry, dan Snowberry telah diperkenalkan di Malaysia. Pengumuman bersejarah ini menandakan kemunculan rasmi strawberi yang hebat ini di Malaysia.

    Setiap satu daripada lima jenis strawberi premium yang diperkenalkan mempunyai kualiti tersendiri yang membezakannya daripada tawaran standard lain di pasaran:

    • Kuemsil: Dikenali sebagai “apple of the eye”, baka strawberi Kuemsil menawarkani rasa manis yang tersendiri, diperkaya dengan bayangan rasa buah pic. Baka ini mempunyai gabungan sempurna rasa manis semula jadi. Kuemsil
    • Sulhyang: Keunikan Sulhyang terletak pada buahnya yang berjus, pulpa lembut dan bentuk kon berwarna merah terang yang menyerlah.
    • King’s berry: King’s berry mempunyai saiz yang dua kali lebih besar daripada strawberi biasa untuk kepuasan yang lebih tinggi.
    • Vitaberry: Baka ini mempunyai kandungan vitamin C yang 30% lebih tinggi berbanding dengan strawberi biasa. Bukan sahaja lazat dimakan, Vitaberry juga berkhasiat, menjadikannya satu pilihan tepat untuk kesihatan dan juga dinikmati.
    • Snowberry: Strawberi ini sehalus salji! Dibezakan dengan luaran berwarna merah jambu dan tekstur isi putih yang lembut, Snowberry mendapat namanya daripada ciri-cirinya yang menyerupai salji.

    Diperkenalkan oleh Perbadanan Perdagangan Agro-Perikanan dan Makanan Korea, bersama Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar Korea Selatan, kemunculan sulung strawberi premium Korea di Malaysia hari ini menandakan detik transformatif bagi industri tempatan dan langkah kemajuan yang bermakna dalam dinamik perdagangan di antara kedua-dua negara.

    Lebih bermakna lagi, pengguna kini boleh mencuba dan menghargai profil rasa yang lebih luas dan ciri-ciri tersendiri dalam strawberi premium ini. Oleh itu, pencapaian ini bukan sahaja melonjakkan permintaan untuk produk yang berkualiti tinggi tetapi juga membuka ruang untuk kerjasama perdagangan yang saling menguntungkan di antara Korea Selatan dan Malaysia.

    ALSO READ:  “Masa Dia Bersama Dengan Isteri Orang Anak Tiga Dari Terengganu Tu Apa Pula?…”-Didi Astillah Dedah Skandal Curang Aliff Aziz?


    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts