Viral di media sosial mengenai gelagat Cik B ketika menyambut hari bapa pada 16 Jun lalu.
Cik B tiada ayah
Menerusi sebuah video yang dimuat nik oleh Datuk Seri Vida di Instagram, kelihatan Cik B memberi hadiah sebiji kek kepada Vida sempena hari bapa. Momen tersebut mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen. Ini kerana, Cik B memberitahu dia tidak mempunyai ayah.
Tambah pemilik nama Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin ini, Vida merupakan ibu, bapa, kawan dan segalanya untuk dirinya.
Sebab Cik B tiada ayah. Jadi nak letak apa? Selamat hari bapa buat ayah yang tiada? Mama adalah ayah, ibu, kakak, kawan dan semuanya.
Menerusi pemerhatian pihak Vida kelihatan sangat terkejut dan tersentuh melihat usaha yang dilakukan oleh anaknya itu. Cik B turut memberikan ciuman mesra kepada Vida sebagai tanda dia menghargai ibunya itu.
Video
View this post on Instagram
Sekadar info, Vida sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali, namun semuanya berakhir dengan penceraian.
Hasil perkahwinan pertama dengan Mohd Amin Yasin iaitu bapa kepada Cik B dan Kacak, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata. Anak pertama dan kedua mereka meninggal dunia dalam kejadian kebakaran rumah pada 3 Ogos 2013. Selain Cik B, Vida