Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Kenapa Lawa Sangat…”- Penampilan Hawa Rizwana Di Korea Dipuji, Ini Rahsianya

    [VIDEO] ‘Kenapa Lawa Sangat…”- Penampilan Hawa Rizwana Di Korea Dipuji, Ini Rahsianya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mengekalkan penampilan cantik di negara bercuaca sejuk memerlukan perhatian khusus terhadap penjagaan kulit dan pilihan pakaian yang sesuai. Cuaca sejuk selalunya boleh membuatkan kulit kering dan penampilan jadi kurang seri.

    Namun bagi pelakon dan pengacara, Hawa Rizwana, dia sangat menitik beratkan soal pemilihan solekan dan kesihatan kulit. Pengacara MeleTop itu baru pulang dari Korea Selatan untuk menikmati musim sejuk serta menyertai beberapa aktiviti menarik di sana. Hawa sempat berkongsi beberapa foto ‘OOTD’ nya yang ternyata menerima pujian dari peminat.

    MURAI berkesempatan bertanya kepada Hawa, apakah rahsia di sebalik penampilannya yang begitu memukau di negara musim sejuk. Ini perkongsiannya.

    “Di negara beriklim sejuk, kulit selalunya cenderung mengalami kekeringan akibat udara kering dan sejuk. Pelembap kulit adalah satu kemestian untuk Hawa mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit yang terdedah kepada dehidrasi. Selain itu, penting juga untuk memperbanyakkan pengambilan air dengan minum sebanyak mungkin memandangkan cuaca yang sejuk boleh meningkatkan risiko dehidrasi.

    “Berbeza dengan Malaysia, di negara sejuk, pilihan produk solekan juga memainkan peranan yang penting. Solekan yang terlalu “matte” boleh menyebabkan kulit kelihatan kering dan kusam. Jadi Hawa sarankan untuk memilih produk solekan yang sesuai dengan cuaca agar kulit tetap kelihatan segar dan natural, walaupun di bawah suhu sejuk”- katanya kepada MURAI.

    Rindu Main Salji

    Sementara itu, sepanjang Hawa berada di Korea, dia akui begitu merindui bermain salji dan menyertai aktiviti bermain Ski.

    “Di Korea, saat-saat yang Hawa paling dirindui ketika bermain salji. Di sebalik pesona salji putih yang menutupi bumi, aktiviti seperti bermain ski menjadi pilihan utama untuk menikmati keindahan musim sejuk. Selain itu, memancing di tasik beku.

    “Pengalaman unik ini bukan sahaja memberi peluang untuk menikmati ketenangan alam musim sejuk, tetapi juga merasai keseronokan menangkap ikan di bawah lapisan ais yang tebal. Tidak lupa, bermain dengan haiwan comel, alpaca. Berkongsi momen intim dengan haiwan yang mesra dan comel ini sambil memberi makan menjadikan pengalaman Hawa di Korea lebih diingati dan tidak dapat dilupakan.” tambahnya lagi.

    Suka Kimchi

    Bertanya mengenai makanan di Korea, Hawa berkata dia sangat gemarkan makanan di Korea terutamanya Kimchi.

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Raih Perhatian Ramai!-“Seronok Bila Aunty Datang Dukung Adik”

    Sukan Olimpik Remaja Musim Sejuk 2024 di Wilayah Gangwon

    Bukan sekadar menikmati percutian,  Hawa dijemput ke Korea untuk menyaksikan sendiri acara pembukaan  Sukan Olimpik Remaja Musim Sejuk 2024 di Wilayah Gangwon, Korea Selatan.

    Seramai lebih 30 orang selebriti dan pempengaruh serta ahli media dari Malaysia diterbangkan ke Korea Selatan untuk menyaksikan acara bersejarah tersebut.

    Rombongan eksklusif dari AAX (AirAsia X) dan Korea Tourism Organization dengan kerjasama Gangwon State ini turut membawa rombongan meneroka musim sejuk yang menakjubkan di wilayah timur laut Korea Selatan itu selama 8 hari. Antara tempat menarik yang dikunjungi seperti, Nami Island, Samaksan Cable Car, Hwacheon Sancheoneo Ice Festival, Alpaca World , Oak Valley Ski dan banyak lagi.

    Antara selebriti yang turut serta dalam rombongan ini seperti pengacara dan pelakon Hawa Rizwana, 29, pelakon Harris Annuar, 31, pengulas sukan Astro Arena, Lily Hamzah. Turut serta pempengaruh yang popular dalam vlog travel seperti Aliff Imran dan Shafickza yang memiliki lebih 300 ribu pengikut di laman TikTok.

    Acara pembukaan, dengan tema “Membesar Bersama, Bersinar Selamanya”  diadakan serentak bermula jam 8 malam. Ia berlangsung di Gangneung Oval, arena luncur laju, dan Pyeongchang Dome dengan kira-kira 13 ribu penonton.


    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts