Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Kenyataan Hana Ismail Tular Semula, Minta Ditegur Dengan Baik Jika Keturunan...

    [VIDEO] Kenyataan Hana Ismail Tular Semula, Minta Ditegur Dengan Baik Jika Keturunan Syed ‘Tersasar’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sebelum ini, nama pendakwah selebriti, Da’i Syed dan isterinya Hana Ismail menjadi bualan wargamaya selepas tular semula potongan video pasangan itu yang diminta untuk menyampaikan ‘mesej’ buat mangsa yang difahamkan mengalami kemurungan akibat dirogol.

    ‘Tegurlah keturunan Syed dengan baik’

    Terbaharu, nama pasangan selebriti itu sekali lagi menjadi perhatian apabila tular pula sepotong video memaparkan Hana yang memberikan pendapat mengenai mereka yang berketurunan Syed dan Syarifah menerusi satu sesi siaran langsung di media sosial.

    Menerusi potongan video yang dimuat naik @Cikgu_Anep di aplikasi X, pemilik nama Nurulhana Ismail meminta orang ramai untuk menegur mereka yang berkenaan secara baik sekiranya ‘tersasar’ melakukan kesilapan.

    Menurut Hana, mereka yang berketurunan Syed dan Syarifah ini perlu ditegur dengan baik kerana mempunyai darah keturunan Nabi Muhammad SAW.

    Kalau kita nampak ada (mereka) berketurunan Syed dan Syarifah yang mungkin tersasar, minta ditegur dengan baik dan tetap sayangkan mereka.

    Sebab mereka ini mempunyai darah keturunan Rasulullah SAW.

    Walaupun mereka ini tidak mempunyai apa-apa pangkat dan tidak ada ilmu yang lebih dalam agama sekalipun, tetap sayangkan mereka sebab ada mengalirnya darah Nabi Muhammad.

    Sebagai contoh, mereka itu menguji kita dan mungkin kita ada isu dengan mereka, tetap sayang dan doakan mereka supaya kembali kepada jalan yang benar.

    Hantaran tersebut kembali tular dan meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya berang dengan kenyataan Hana.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat seseorang itu perlu ditegur dengan cara yang baik meskipun mereka bukan berketurunan Syed ataupun Syarifah.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Saya Kalau Sudah Mencintai Seseorang, Kahwin Hanya Ada Senaskah Al-Quran Pun Saya Terima’ – Siti Jamumall

    Sekadar info, Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu pada Jumaat.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts