Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Kepada Syamsul, Papa & Ibu Sayangkan Kamu..Kasih Kami Tak Pernah Berubah’...

    [VIDEO] ‘Kepada Syamsul, Papa & Ibu Sayangkan Kamu..Kasih Kami Tak Pernah Berubah’ – Yusof Haslam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sebagai bapa, penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam sering dihujani dengan pertanyaan berhubung isu perceraian anaknya Syamsul Yusof.

    ‘Lost contact’

    @melodiberapi

    Dato Yusug Haslam jawab dakwaan Syamsul Yusuf fail cerai terhadap Ira Kazar. #meloditv3 #syamsulyusof #irakazar #datoyusofhaslam

    ? original sound – Melodi tv3 – Melodi tv3

    Menerusi temu bual bersama Melodi, Yusof mengakui dirinya letih menjawab pertanyaan tentang Syamsul kerana mereka sudah lama tidak menghubungi di antara satu sama lain.

    Saya sebenarnya letih nak menjawab tetapi saya menghargai tugas wartawan. Sumbangan mereka kepada industri dan anak seni, tidak dapat dilupakan.

    Saya cuma boleh jawab ‘no comment’, saya pun tak tahu mereka nak bercerai sebab kami pun dah ‘lost contact’ bertahun-tahun.

    Ketika disoal tentang besannya yang juga aktor iaitu Kazar Saisi, Yusof berkata mereka juga tidak pernah berhubung terutama mengenai isu rumah tangga anak-anak.

    Tidak berhubung. Sebelum ini pun saya tak ada berhubung juga dengannya tetapi saya bukan baru kenal Kazar, jadi saya tak mahu ada ‘gap’ atau nak sombong dan buat muka..saya takkan buat begitu. Saya ambil pendekatan buat sederhana sahaja.

    Dalam pada itu, penerbit filem tersebut dan isterinya Datin Patimah tidak pernah mengharapkan Syamsul dan Puteri Sarah akan bersatu kembali meskipun menerima pelbagai komen dan reaksi daripada warganet.

    Saya atau isteri tidak pernah mengatakan, ‘inilah masanya Syamsul balik ke Puteri Sarah.’ Kita tak pernah cakap atau mengharapkan begitu.

    Kita berserah kepada takdir Allah untuk menentukan kehidupan kita.

    Doa buat Syamsul

    Dalam masa yang sama, Yusof dan isteri tetap mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan Syamsul walau dalam apa juga keadaan sekalipun.

    Apa pun saya jawapan saya dan Datin, kami doakan yang terbaik..baik untuk pihak di sini ataupun pihak di sana. Tidak ada dendam atau marah.

    Syamsul masih muda, saya tak tahu kisah di balik tabir kehidupan dia tetapi saya dan isteri sentiasa titip doa dan fikirkan perkara yang positif.

    Waima apa pun yang berlaku kepada Syamsul, renggang hubungan dia dengan orang tua..tetapi dia tetap anak kesayangan saya, begitu juga dengan Syafiq.

    Kepada Syamsul, papa sayangkan kamu, ibu kamu sayangkan kamu. Kasih sayang kami tidak pernah berubah. Semoga maju jaya, mudah-mudahan Allah memberkati setiap usaha yang kamu buat. Sentiasa ingat kepada yang Maha Esa.

    Terdahulu, peguam syarie yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Mohd Rais telah mengesahkan bahawa aktor itu sudah memfailkan cerai terhadap Ira.

    ALSO READ:  Tak Pernah ‘Enjoy’ Ke Disko Pada Zaman Muda, TokTi Tak Menyesal Zaman Remajanya Dikorbankan Untuk Kerjaya

    Difahamkan, tindakan itu dibuat selepas tidak ada lagi persefahaman antara mereka.

    Syamsul dan Ira atau nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

    Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts