Pempengaruh media sosial, Sajat dilihat memberi pandangannya berhubung isu membabitkan kemelut rumah tangga pelakon Bella Astillah dan Aliff Aziz.
‘Kerana satu jantan, bergaduh sesama perempuan’
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Sajat akui tindakan yang dilakukan Aliff Aziz itu bukan sahaja memalukan malah telah merosakkan hubungan ramai perempuan.
Kerana satu jantan, bergaduh sesama perempuan. Kerana seorang jantan, keeratan keperempuanan tercalar. Tak tahu lah lelaki tu apa yang di mainkan otak perempuan-perempuan tu sampai berpecah belah.
Sementara itu, Sajat berpendapat adalah baik sekiranya individu yang terlibat berjumpa bagi menyelesaikan kemelut itu dan mengelakkan daripada isu terus berpanjangan.
Kita ni kalau buat salah, mengaku je. Bila dah tua nanti, baru kita terfikir kenapa lah kita bergaduh sebab lelaki. Apa lah yang ada sangat dekat Aliff tu.
Tapi okay lah, dia dah minta maaf. Sekarang ni dia nak jumpa, jadi jumpa lah dan selesaikan. Benda dah jadi, berdepan je.
Industri seni Malaysia ni kecil je, suatu hari nanti akan jumpa juga. Tak akan kita ni nak bermusuh. Kalau dapat selesai cari baik, lagi elok. Penat tau nak turun naik mahkamah.
Video
@official Betul kata Sajat ?? # #sembangentertainment #satu #lelaki #hubungan #perempuan #tercalar ? original sound – OHBULAN!