Seperti yang kita tahu, Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan peruntukan untuk perbaiki tandas sekolah di Malaysia sebanyak RM70 ribu.
Masalah tandas sekolah di Malaysia ni memang dah lama dibahaskan dan sebenarnya ramai masih lagi berteka teki sama ada perkara ini isu tandas ini adalah hak atau keperluan
Jom kita tonton video ni dulu untuk faham dengan lebih lanjut!
Telah banyak perubahan & pengubahsuaian tandas sekolah dilakukan dengan peruntukan yang diberikan
Memang cantik dan nampak ada class lepas renovasi! Terus nampak macam tandas dekat hotel. Mesti murid-murid akan lagi selesa lepas ni!
Selain teruja dengan tandas berwajah baru, sekaligus dapat menyelesaikan masalah yang sering dihadapai di setiap tandas sekolah iaitu berkaitan paip air dan pintu tandas rosak.
Kempen menjaga tandas perlu dilancarkan oleh pihak sekolah
Adalah menjadi hasrat KPM agar semua sekolah bersih, selesa, selamat dan kondusif. Pembudayakan amalan menjaga kebersihan tandas dan kebertanggungjawaban murid perlu dilaksanakan di sekolah-sekolah bagi memupuk kesedaran menggunakan tandas dengan cara yang betul.
Antara perkara yang perlu dititik beratkan ialah:
- Jangan menconteng dan merosakkan harta benda dalam tandas
- Tutup air selepas digunakan
- Jangan buang sisa makanan dalam sinki
- Buang sampah dalam tong yang disediakan
- Jangan buang tisu/tuala wanita dalam mangkuk tandas
- Pastikan pam tandas selepas digunakan
Jadi, sama-samalah kita menjaga tandas kita supaya boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang. Tandas kita, tanggungjawab bersama.