Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Ketika Tengok Drama Itu, Bapa Saya Tak Boleh Terima Saya Jadi...

    [VIDEO] ‘Ketika Tengok Drama Itu, Bapa Saya Tak Boleh Terima Saya Jadi Pelakon’ – Jalaluddin Hassan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon versatil, Datuk Jalaluddin Hassan mendedahkan arwah bapanya iaitu agamawan, Tan Sri Hassan Azhari pernah menentangnya untuk menceburkan diri di dalam dunia seni.

    ‘Dia marah & tak boleh terima’

    @inspirasiunifitv

    Bukan saja pandai berlakon pelbagai watak, melawak pun boleh sebenarnya dato jalaludin hassan ni tau. Jom tengok sikit sesi borak borak santai dengan beliau di youtube channel inspirasi #InspirasiUnifitTV #throwbackdedulu

    ? original sound – Inspirasi.UnifiTV – Inspirasi.UnifiTV

    Menerusi temubual bersama Inspirasi Unifi TV, Jalaluddin mengimbas kembali momen ketika dia dan arwah bapanya hampir bertembung semasa menjayakan rakaman rancangan televisyen.

    Saya di studio B, di studio A bapa saya. Ketika itu rancangan Muqaddam sudah bermula, saya tak tahu dia ada rakaman ketika itu.

    Saya di bilik make up, saya nak keluar tiba-tiba saya nampak bapa saya pula nak masuk ke bilik make up. Macam cerita Bujang Lapok, saya menyorok balik pintu.

    Menurut aktor berusia 70 tahun itu, pada awalnya bapanya menganggap penglibatannya sebagai pelakon adalah tidak serius.

    Namun setelah melihat lakonannya di dalam sebuah drama, Jalaluddin berkata bapanya berasa marah dan sukar untuk menerima.

    Ketika drama Dian, bapa saya tak boleh terima saya menjadi pelakon.

    Dia ingat itu main-main sahaja. Dia tak kisah, sebab dia pun berjiwa seni. Tapi apabila dia tengok drama Dian, saya dengan heroin pegang tangan, dia jadi marah dan tak boleh terima.

    Adik beradik dia semua mengadu pada dia. ‘Abang, Jalal nak jadi apa ni? Buat malu keturunan Azhari.’

    Nama datuk saya, saya memalukan keturunan datuk saya.

    Untuk info, Allahyarham meninggal dunia pada tahun 2018 di usia 90 tahun kerana menghidap kanser limfoma.

    ALSO READ:  Myra Natasya Dakwa Halim Othman Tidak Ada Hubungi, Perjelas Sebab Buat Pendedahan – ‘Jika Di Tempat Saya, Anda Akan Memahami’

    Tokoh agamawan itu terkenal selepas mengendalikan rancangan Muqaddam di RTM pada 1970-an dan menjadi individu yang melaungkan azan ketika kemerdekaan Malaysia iaitu pada 31 Ogos 1957.

    Selain Jalaluddin, dua lagi cahaya mata beliau yang dikenali iaitu bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Allahyarham Datuk Fuad Hassan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts