Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 29, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Khai Bahar Menangis Salam & Peluk Kartina Aziz, Jadi Perdebatan Netizen?-“Hukum...

    [VIDEO] Khai Bahar Menangis Salam & Peluk Kartina Aziz, Jadi Perdebatan Netizen?-“Hukum Tetap Hukum…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perkongsian pelakon dan penyanyi, Khai Bahar mencetuskan pelbagai reaksi netizen apabila memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini.

    Menerusi video yang dimuatnaik oleh Khai di TikTok, aktor ini dilihat mengelap air mata ketika salam dan berpelukan pelakon veteran, Kartina Aziz ketika penggambaran drama yang digandingkan bersama baru sahaja berakhir.

    “Alhamdulillah selesai shooting drama AKASIA, Cinta Bukan Milik Kita. Rindu sangat dengan team ni, semuanya layan Khai macam family sendiri.

    Untuk Mama Kartina, terima kasih melayan Khai macam anak sendiri, mama sayang Khai macam anak mama sendiri, mama banyak bantu Khai dalam drama ni. Terima kasih semua.”-kongsi Khai Bahar di TikTok

    @khaibahar_94

    Alhandulillah selesai shooting drama AKASIA Cinta Bukan Milik Kita , rindu sngat dngan team ni , semuanya baik layan khai mcm fmly sndiri , untuk mama kartina .. terima kasih melayah khai mcm anak sndiri , mama syg khai mcm anak mama sndiri , mama bnyak bantu khai dalam drama ni , terima kasih semua , abg pian, abg amal , kak nurul, mak manja , mak rias , abg fendi , cikwan , kecik , cikmat , pian , abg fongso and semua lah ! semoga jumpa lagi 🥲

    ♬ Ingin memeluk dirimu Dorman manik – Dorman Manik & Rany Simbolon

    Cetus Perdebatan Netizen

    Walaubagaimanapun, momen berkenaan mencetuskan perdebatan netizen di ruangan komen yang mempersoalkan tindakan Khai yang bersentuhan dengan wanita yang bukan mahram.

    “Kartina Aziz mak sedara Khai ke?.”

    “Boleh pulak eh salam peluk cium macam tu?.”

    “Walau sedalam mana pun rindu pada arwah ibu kita, kita tak boleh menafikan hukum Allah.”

    “Ya laa apa hukum peluk macam tu. Mak sedara boleh la.”

    “Hukum tetap hukum. Sedih melihatnya. Allah maafkan hambamu ini.”

    “Boleh ke macam ni? Matlamat tak menghalalkan cara.”

    “Ingatkan video dengan arwah emak dia. Baru nak sedih, tahu-tahu dengan rakan artis. Biarpun dah berumur sekalipun, tak boleh begini peluk-peluk bagai.”

    Biarpun ramai yang mengkritik, peminat tetap mempertahankan tindakan aktor ini yang disifatkan terlalu merindui pelukan seorang ibu yang sudah tiada.

    Apa komen anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts