Setiap tahun, usahawan dan pempengaruh media sosial iaitu Khairul Aming akan menutup kilangnya dan membawa semua pekerja untuk pergi bercuti.
Di Instagram, Khairul Aming memberitahu, tahun ini dia membawa 100 orang staf ke Pulau Pinang, bestnya!
Hotel lima bintang
Menurut Khairul Aming atau lebih mesra disapa KA, kali ini dia telah menempah hotel bertaraf lima bintang sebagai tempat penginapan buat semua stafnya.
Lebih mencuri tumpuan, KA turut memberi duit poket dan membawa stafnya melakukan pelbagai aktiviti menarik di Pulau Mutiara itu.
Kilang tutup selama lima hari dan saya bawa 100 orang staf ke Pulau Pinang untuk bercuti. Saya tempah hotel lima bintang dan semua pemandangan laut. Kami buat pelbagai aktivti dan saya bawa mereka ke grand dinner dan Escape Park.
Tambah KA, sewaktu percutian tersebut dia tidak membenarkan mana-mana stafnya untuk berfikir soal kerja.
Saya nak bagi mereka berehat dan kami tak berbincang mengenai prestasi kerja dan syarikat semasa percutian.
Video
View this post on Instagram