Pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming mencuri perhatian netizen apabila membawa staff syarikatnya bercuti di Pulau Pinang.
Menurut Khairul Aming, dia telah menutup kilang selama lima hari untuk membawa pekerjanya itu untuk berehat dan bercuti dengan gembira selain dapat menginap di hotel bertaraf lima bintang.
“Kita tutup kilang selama 5 hari untuk bawa kesemua 100 staff Khairulaming bercuti di Penang. Semua staff dapat hotel 5 star bilik seaview, duit poket untuk shopping, main escape park, parasailing,
banana boat, jetski, explore bandar Georgetown, makan nasi kandar, grand dinner dan macam-macam lagi. Yang penting semua staff dapat berehat and bercuti dgn happy 😁❤️.”-kongsi Khairul Aming di Instagram
View this post on Instagram
“Tengok Macam Mana KA Layan Pekerja Dia…”
Di ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa teruja, malah ramai yang ‘cemburu’ melihat para pekerja dimewahkan oleh majikan seperti Khairul Aming.
“Tolong lah nak jadi tukang sental lantai dekat kilang 🤧😭.”
“Mana la tak murah rezeki dia. Allah dah janji, ‘the more you give, the more you get’. Lalu apa alasan kita takut untuk bersedekah?.”
“Bang saya jadi guard pun takpe dekat kilang abang 😭😭😭.”
“Sempat bagi deep ayat – bila bercuti, tak ada meeting tak ada apa-apa discussion. Haha terbaik ! Tahniah KA dan staf-staf!.”
“Patut la tak ada kerja kosong. Tengok macam mana KA layan pekerja dia. Macam dengan kawan-kawan je. Bercuti, bonus, semua mewah-mewah tapi dia sendiri tak pernah tunjuk mewah. Terbaik.”
Apa komen anda?