Debaran kian terasa dengan berbaki lagi sehari untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membuat persiapan terakhir bagi menghadapi peperiksaan besar ini.
Risau dengan budak zaman sekarang
Menerusi hantaran potongan klip dari siaran langsung TikTok, dilihat Khairul Aming atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman risau dengan generasi kini.
Ujarnya, kemajuan teknologi kini boleh membuatkan pelajar kurang beri fokus pada pelajaran.
Budak-budak sekarang ini agak merisaukan.
Takut terbiasa main telefon, bila tengok buku otak jadi tidak berfungsi.
Berkongsi lebih lanjut, pempengaruh itu bersyukur dengan zamannya yang tidak dimewahkan dengan kecanggihan teknologi dan kepelbagaian aplikasi terkini.
‘Throwback’ zaman belajar
@khairulamingfans_ Goodluck kepada semua calon SPM 2024 yang akan menduduki ujian bertulis bermula khamis ni! ?? @Khairulaming #khairulaming #khairulamingfans #dendengnyetberapi #sambalnyetberapi #teamKA #walaming #spm ? original sound – Fans KhairulAming
Dalam pada itu, Khairul Aming dilihat menjawab pertanyaan netizen mengenai caranya mengulang kaji pelajaran sebagai persiapan berhadapan dengan peperiksaan besar dahulu.
Tambahnya, rakan-rakan banyak rujuk kepadanya mengenai subjek yang tidak difahami.
Saya jenis yang akan memperuntukkan masa untuk belajar.
Balik saja sekolah, saya akan tidur petang.
Saya terpaksa sebenarnya sebab kalau tak tidur, malam tak boleh belajar.
Jadi, lepas maghrib saya akan mula belajar sampai tengah malam dalam 1:00 pagi.
Kadang-kadang ada kawan-kawan yang tak faham, mereka akan rujuk pada saya.
Walau bagaimanapun, pempengaruh besar media sosial ini akui dirinya juga kerap kali melakukan ulang kaji pelajaran secara saat akhir sama seperti pelajar lain.