Pempengaruh media sosial dan usahawan, Khairul Aming mencuri perhatian ramai apabila mengumumkan kolaborasi bersama pereka kandungan digital, Mohamad Sofian Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sofyank bagi menghasilkan video infografik serta penjelasan mengenai apa yang sedang berlaku di Palestin.
Kolaborasi Hasilkan Video Infografik Palestin
Jelas Khairul Aming, apa yang berlaku di Palestin itu adalah satu genosid dan bukanlah konflik atau perang semata-mata.
“Kolaborasi pertama saya dengan Sofyank dan kami nak hasilkan video infografik untuk terangkan apa yang berlaku di Palestin adalah satu genocide dan bukan konflik atau perang semata-mata.
Paling penting, kami nak cerita situasi kritikal di Rafah dan Jabalia. Video ni panjang sikit, 8 minit. Tapi kami harap dapat bantu sebarkan kesedaran untuk saudara kita di sana.”-tulis Khairul Aming
@khairulaming Semoga kemerdekaan milik 🍉🤲. Ini kolaborasi pertama KA dengan @Sofyank96 dan kami nak hasilkan video infografik untuk terangkan apa yang berlaku di 🍉 adalah bukan konflik semata-mata. Video ni panjang sikit, 8 minit. Tapi kami harap dapat bantu sebarkan awareness untuk saudara kita di sana 🙏🏽🍉
♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming
“Inilah Fungsi Sebenar Influencer…”
Kolaborasi bersama dua pempengaruh hebat ini mengenai solidariti terhadap Palestin ini dipuji netizen serta rakan selebriti, malah ramai yang berpendapat mereka adalah ‘influencer’ yang sebenar kerana menggunakan kelebihan untuk dakwah dan kebaikan.
“Well done boys!!.”-Nur Fazura
“Pempengaruh sebenar, gunakan kelebihan untuk dakwah dan kebaikan. Inspirasi untuk yang lain.”-Fedtri Yahya
“Real idol behaviour, Terima kasih guys.”-Nadia Aqilah
“MasyaAllah terbaik dan terima kasih Khairul Aming dan Sofyank!. Moga Allah berkati usaha kalian untuk beri awareness berkaitan Palestin.”-Cinta Gaza Malaysia
“Inilah fungsi sebenar influencer. Bukan tunjuk teladan yang tak baik. Kudos to both of you.”
Semoga Allah melindungai saudara kita di sana dan memberikan kemenangan kepada mereka…