Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Khairul Aming Tak Kisah Perhabis RM300k Bawa Staf Pergi Bercuti –...

    [VIDEO] Khairul Aming Tak Kisah Perhabis RM300k Bawa Staf Pergi Bercuti – ‘Kalau Termasuk Kos Production Cecah RM1 Juta’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming mendedahkan kos perbelanjaan percutian bersama stafnya dan kos kerugian yang ditanggung apabila kilang ditutup.

    Total perbelanjaan

    @khairulamingfans_

    ??: ‘Berapa banyak spend bawak staff pergi bercuti?” @Khairulaming #khairulaming #khairulamingfans #dendengnyetberapi #sambalnyet #khairulamingtravel

    ? original sound – Fans KhairulAming – Fans KhairulAming

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Khairul Aming menjelaskan terdapat dua kos yang diperlu ditanggung syarikatnya sepanjang percutian tersebut.

    Ada dua kos. Kos yang pertama adalah kos untuk bawa staf bercuti seperti makan, hotel, perjalanan, aktiviti dan duit poket.

    Manakala kos yang kedua adalah kos kita tutup kilang..saya tutup lima hari.

    Pempengaruh berusia 32 tahun itu kemudian mendedahkan secara terperinci jumlah keseluruhan kos yang hampir mencecah sejuta ringgit.

    Kalau campurkan kedua-dua kos itu ianya hampir sejuta ringgit.

    Tetapi kita bukanlah menggunakan wang sehingga sejuta ringgit untuk bercuti. Production lost boleh cecah RM700,000 ke RM750,000.

    Untuk percutian staf dalam RM200,000 ke RM300,00.

    Meskipun jumlah kos adalah sangat banyak, namun usahawan berasal dari Kelantan itu tidak kisah berhabis demi kebajikan pekerjanya.

    Tetapi saya tak kisah, itu adalah kos yang memang saya dah peruntukan setiap tahun untuk meraikan staf.

    InsyaAllah kami akan kekalkan budaya seperti itu dan memastikan ada masa untuk bawa staf pergi bercuti walaupun tutup kilang.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap yang dimiliki Khairul Aming sebagai seorang majikan kerana tidak memikirkan tentang keuntungan semata-mata.

    Payah kilang nak tutup operasi, dia relaks je tutup.

    Meraikan orang bawahan, insyaAllah rezeki pun murah.

    Bukan senang majikan nak terima kerugian sebanyak itu. Selalunya tengok jumlah tu terus tak jadi trip.

    Dia yakin Allah beri rezeki, jadi dia gembirakan staf walaupun ramai bos kata dia melawan hukum.

    Terdahulu, Khairul Aming memberitahu kilangnya akan berhenti beroperasi seketika untuk dia membawa 100 orang staf bercuti ke Pulau Pinang.

    ALSO READ:  Aisar Khaled Gembira ‘Subscriber’ YouTube Cecah 1 Juta, Sedekah 1 Juta Rupiah Kepada Anak Yatim Di Indonesia

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts