Usahawan dan pempengaruh media sosial, Khairul Aming berkongsi rasa teruja apabila mendapat kunjungan Perdana Menteri New Zealand iaitu Christopher Luxon bersempena lawatan pemimpin itu ke Malaysia.
Sarapan bersama
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman memaklumkan bahawa pertemuan bersama Christopher merupakan satu bentuk penghargaan daripada New Zealand selepas dirinya banyak menghasilkan video memasak di negara tersebut sebelum ini.
Bukan itu sahaja, Khairul juga berkesempatan untuk memasak juadah roti jala serta bersarapan bersama Christopher.
Hari ni saya dan Perdana Menteri New Zealand berjumpa sebagai tanda penghargaan dari pihak New Zealand atas video masak yang kami lakukan di sana.
Saya gunakan peluang ini dengan memperkenalkannya juadah makanan yang ada di Malaysia.
Tambah Khairul Aming, dia yang pada awalnya memulakan karier sebagai seorang pempengaruh video masakan dengan cara merakam sambil duduk di atas lantai rumah.
Lapan tahu lalu, saya rakam video masakan pertama saya hanyalah di atas lantai dan hari ini, saya berpeluang berdiri bersebelahan dengan PM New Zealand.
Teruskan usaha, anda pasti akan kagum dengan kejayaan anda di masa akan datang.
Bertukar pendapat
Dalam pada itu, Khairul Aming juga berkongsi bahawa dia sempat bertukar pendapat bersama Christopher mengenai sektor pelancongan yang mungkin boleh diketengahkan antara dua negara.
Selain itu, kami turut berkongsi berkenaan perdagangan eskport daging halal, produk tenusu, pemuliharan alam semula jadi dan potensi eksport produk PKS (perusahaan kecil dan sederhana) tempatan ke New Zealand.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan kejayaan yang dikecapi Khairul dan mahu menjadikan pempengaruh itu sebagai sumber inspirasi bagi memperbaiki diri ke arah kejayaan.