Usahawan dan pempengaruh media sosial iaitu Khairul Aming dikhabarkan telah pun berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah pada Selasa.
‘Outfit’ bersahaja
View this post on Instagram
Berita gembira itu dikongsikan sendiri rakan baik kepada Khairul yang juga merupakan pempengaruh terkenal, Azfar Heri.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram (IG), Azfar yang menemani Khairul dilihat berpelukan dengan rakannya itu di lapangan terbang.
Azfar juga mendoakan agar Khairul memperoleh umrah yang mabrur sepanjang berada di sana.
Namun, pemilik jenama ‘Dendeng Nyet Berapi’ itu mencuri perhatian apabila mengenakan ‘outfit’ yang bersahaja ketika mahu berangkat ke Makkah.
Penampilannya itu meraih perhatian dan pujian wargamaya yang beranggapan Khairul merupakan seorang yang merendah diri meskipun bergelar jutawan.