Usahawan dan pempengaruh, Kieda Crepe tampil menjawab pertanyaan netizen berhubung waktu operasi kedainya, semalam.
Lalat banyak
Menurut Kieda, dia terpaksa membuka kedai sedikit lewat berikutan lalat terlalu banyak di dalam kedai. Ujar Kieda, dia perlu melakukan ‘pest control’ terlebih dahulu agar pelanggan selesa ketika mengunjungi kedainya.
Orang kata lalat biasalah musim hujan, bagi Kieda tak biasa. Kieda tahu kedai Kieda macam mana. Saya rasa luar biasa. Dekat cermin bawah sampai atas penuh lalat. Dah macam wallpaper. Hang bayangkan dia mai bukan sikit-sikit. Dia mai satu group. Dia bawa adik beradik dia dari Melbourne mai kedai Kieda.
Tapi tak apa, kita buat pest control. Jadi kedai tutup dan buka pukul 2.
Tambah Kieda, dia tidak berniat untuk membiarkan pelanggan menunggu.
Saya bukan saja-saja nak buat pelanggan tunggu terutama yang datang dari jauh. Saya nak buat yang terbaik untuk mereka. Kalau nak fikir duit, pasti Kieda bagi semua masuk. Tapi saya fikir keselesaan mereka. Tak nak bagi lalat kacau waktu mereka tengah membeli. Lalat ni mata jahat, bukan mata baik. Umpama netizen yang selalu cari salah Kieda.
Di akhir posting, Kieda berkata, waktu operasi kedainya bermula seperti biasa iaitu pukul 1.
Video
@kiedacrepehouse Kedai kieda , kieda tau biasa dengan luar biasa ?? Semoga Allah permudahkan urusan Kieda , Team & Vendor mencari rezeki yang Halal ?? @Kiedacrepepenang2 @KIEDACREPEPENANG @AMY KIEDA MERCHANDISE
? bunyi asal – KiedaCrepeHouse – KiedaCrepeHouse