Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Kieda Crepe Menangis, Netizen Dakwa Kongsi Berita Kehamilan Terlalu Awal Punca...

    [VIDEO] Kieda Crepe Menangis, Netizen Dakwa Kongsi Berita Kehamilan Terlalu Awal Punca Gugur – ‘Saya Cuma Teruja’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pempengaruh dan usahawan, Kieda Crepe meluahkan rasa sedih apabila terdapat segelintir warganet yang mendakwa dia keguguran kerana memaklumkan berita kehamilannya terlalu awal kepada umum.

    Penjelasan Kieda

    @yanaamer99

    Stay strong kak kieda semoga dipermudahkan segala urusan kita tgol live dia kita sekali sedih?#kiedacrepe #semogacepatsembuh #semogakuathadapinya

    ? bunyi asal – Sis Yana – Sis Yana

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Kieda atau atau nama lengkapnya Siti Nur Khalieda Yusra menjelaskan bahawa dia teruja ketika disahkan hamil dan hanya mahu berkongsi perjalanannya sepanjang berikhtiar untuk mendapatkan zuriat.

    Saya cuma teruja sebab perjuangan saya nak dapatkan anak ketiga ini semua orang tengok.

    Saya selalu berkongsi semasa buat scan dan makanan yang saya makan untuk hilangkan PCOS (Sindrom Ovari Polisistik) serta cyst.

    Difahamkan tiada sebarang punca keguguran meskipun sebelum ini doktor pernah memaklumkan bahawa Kieda mungkin hamil di luar rahim.

    Tak turun darah, anak saya memang kuat dalam rahim.

    Semasa minggu ke empat, kelima, doktor scan tak nampak dan luar rahim pendarahan. Doktor kata jangan taruh harapan, mungkin mengandung luar rahim.

    Bukan sebab kerja atau pergi mandi-manda. Doktor pun kata bukan, ini semua kuasa Dia (Allah). Ada yang sudah 33 minggu pun anak meninggal tanpa ada punca.

    Bagaimanapun, usahawan berasal dari utara itu kesal dengan dakwaan segelintir warganet tentang kandungannya.

    Tapi orang komen macam saya pula yang nak bunuh anak. Saya beli supplement mahal-mahal untuk anak nombor tiga ini. Anak pertama dan kedua pun saya tak makan supplement macam ini.

    Tapi bila Allah kata jantung anak saya nak berhenti, apa yang saya boleh buat? Bukan saya minta, takkan saya nak bunuh anak saya.

    Orang komen, ‘padan muka sebab beritahu terlalu awal.’ Saya cuma teruja nak dapatkan ‘dua garis’, semua orang nampak.

    Saya memang aktif bekerja, saya tunggu untuk datang bulan tapi Allah beri anak untuk saya.

    Justeru itu, Kieda menjadikan isu tersebut sebagai iktibar agar tidak terlalu teruja untuk berkongsi tentang kehamilannya andai diberikan rezeki lagi selepas ini.

    Pengajaran untuk saya, andai mengandung lagi, saya takkan kongsi dengan orang.

    Terdahulu, Kieda memaklumkan bahawa dia telah mengalami keguguran selepas usia kandungannya mencecah 10 minggu enam hari.

    ALSO READ:  Remaja 14 Tahun Dinoda Pak Cik Sampai Hamil Kembar, Keluarga ‘Back Up’ Sebab Bapa Saudara Kerja Arkitek

    Sebelum ini, Kieda memberi bayangan bahawa dia dan suami bakal menimang bayi kembar tiga tidak lama lagi selepas hampir lima tahun menunggu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts