Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Kita On Ja Lah Kak’ – KJ Terima ‘Lamaran’ Erma Fatima...

    [VIDEO] ‘Kita On Ja Lah Kak’ – KJ Terima ‘Lamaran’ Erma Fatima Jadi Hero Drama ‘Lelaki Itu 2’?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penerbit bagi drama ‘Lelaki Itu’, Erma Fatima seakan memberi bayangan bahawa drama terbitannya itu bakal mempunyai musim yang kedua selepas berjaya meraih jutaan tontonan sejak ditayangkan di slot Samarinda TV3 pada 19 Mac lalu.

    Nak KJ jadi ‘hero’?

    @hotfm976_ Panasss! @erma fatima nak buat sambungan Lelaki Itu tapi nak Chief @Khairykj jadi hero?! ? Korang rasa apa jawapan Chief? #HotFM #BekpesHot #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJjadiDJ#LelakiItu ? original sound – Hot FM

    Menerusi video dimuat naik hotfm76, Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali memaklumkan bahawa dirinya mendapat permintaan daripada netizen dan juga stesen televisyen TV3 untuk menyambung drama ‘Lelaki Itu’ musim kedua.

    Namun begitu, pengarah dan penerbit berusia 56 tahun itu mendedahkan dirinya hanya mahu menyambung musim kedua sekiranya penyampai radio Hot FM, Khairy Jamaluddin (KJ) menjadi teraju utama bagi drama tersebut.

    Sekarang ini, netizen suruh saya sambung dan TV3 pun suruh saya sambung (drama Lelaki Itu).

    Tetapi saya tak boleh nak sambung kalau bukan YB (KJ) yang menjadi heronya.

    Apa yang menghiburkan ialah, Erma turut ‘mengugut’ tidak mahu keluar daripada konti radio Hot FM sekiranya tidak mendapatkan jawapan dan persetujuan daripada KJ untuk menerima tawarannya itu.

    Saya tak nak balik (keluar daripada konti) kalau YB tak nak jawab.

    Saya tak nak balik, saya boleh buat keras saya dekat sini YB.

    Lebih baik YB bagi saya jawapan sebab saya nak buat announcement nanti.

    Setelah beberapa ketika, KJ kemudiannya memaklumkan dirinya bersetuju untuk menerima tawaran daripada Erma.

    Kita ‘on’ sajalah kak.

    Sekadar info, episod terakhir drama arahan bersama Along Kamaluddin dan Nur Ain Sharif ini disasar bakal meraih lebih empat juta penonton.

    ALSO READ:  Filem Janna Endoro: Wanita Sebagai Hero, Ditayangkan di Pawagam Khamis Ini

    Jadi, sekiranya anda ingin mengetahui apakah kesudahan drama rantaian ini, jangan lupa untuk saksikan drama ‘Lelaki Itu’ di slot Samarinda TV3 jam 10 malam ini.

    Video

    @hotfm976_ Confirm guy confirm! Chief @Khairykj accept offer @erma fatima ? Nampaknya semua pelakon dah tak boleh cari makan dah ni, Chief dah nak jadi pelakon ni ? #HotFM #BekpesHot #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJjadiDJ ? original sound – Hot FM

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts