Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Komen Alif Satar Mengenai Isu Alif Teega-“Allah Tutup Aib, Tidak Tahu...

    [VIDEO] Komen Alif Satar Mengenai Isu Alif Teega-“Allah Tutup Aib, Tidak Tahu Apa Akan Jadi Kalau…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Nama Alif Satar sudah tidak asing lagi dalam dunia seni Malaysia. Alif adalah seorang usahawan, pelakon, penyanyi, dan pengacara yang telah memenangi pelbagai award di negara ini.

    Anak sulung daripada empat beradik, beliau mula mengecapi kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila menyertai pertandingan realiti One in a Million sebelum mengukuhkan diri dalam bidang pengacaraan.

    Alif Satar juga telah membintangi drama dan filem tempatan, menjadikan namanya semakin dikenali. Beliau mudah didekati peminatnya kerana sikapnya yang ramah dan tidak sombong.

    Alif Lain Punya Isu, Alif Satar Juga Yang Di Cari?

    Baru-baru ini, pasangan pempengaruh media sosial di Malaysia iaitu Aisyah Hijanah dan Alif Teega menjadi tular kerana suami Alif mengaku telah berkahwin lain ketika isterinya sedang mengandung. Pasangan ini terkenal kerana sering memberi nasihat dan motivasi kepada pengikut mereka di laman media sosial sebelum ini.

    Selepas pengakuan mengenai berkahwin dua, timbul isu lain apabila adik kepada Aisyah memberitahu bahawa Alif Teega pernah memukul kakaknya dan bersikap kasar. Alif Teega menepis dakwaan tersebut dan mengambil tindakan undang-undang kerana merasa difitnah oleh ahli keluarganya sendiri.

    Baru-baru ini, video yang tular di laman media sosial TikTok milik Hot FM menunjukkan Alif Satar ditanya mengenai isu yang melanda pasangan pempengaruh ini. Alif Satar memberitahu bahawa beliau tidak layak untuk mengulas hal ini.

    “Ini pun nasib baik Allah tutup aib Alif je, buka aib Alif maca mana? Alif pun tak tahu apa jadi esok lusa kat Alif, Alif taktahu”-kata Alif Satar

    “So tak beranilah nak bagi tahu apa kat orang, kadang bila benda jadi ni dia lebih kepada reflect diri sendiri”-tambah Alif Satar

    @hotfm976_

    Komen @alifsatar mengenai isu influencer social media, Alif Teega. Semoga yang baik baik sahaja buat Alif Satar sekeluarga dan buat kita semua 🤍 #HotFM #AlifSatar #alifteega #aisyahhijanah

    ♬ original sound – Hot FM – Hot FM

    ALSO READ:  “Saya Bukan Jenis Fake” – Fathia Latiff Mahu Kekal Berahsia Jika Soal Kesihatannya, Akui Tidak Percayakan Sesiapa

    Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik buat pasangan tersebut, semoga urusan mereka dipermudahkan. Netizen juga dinasihatkan agar tidak memberi komen yang negatif sehingga menghina pasangan tersebut.

    Semoga kita semua diberkati hidup di dunia dan akhirat. Apa pendapat anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts