Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Komunikasi, Jaga Penampilan, Makan & Mandi Bersama Antara Tips Kak KM...

    [VIDEO] Komunikasi, Jaga Penampilan, Makan & Mandi Bersama Antara Tips Kak KM Kekalkan ‘Spark’ Dalam Rumah Tangga

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Dalam kehidupan rumah tangga, penting untuk setiap pasangan menjaga ‘spark’. Ia bukan hanya tentang momen istimewa, tetapi juga usaha harian untuk saling menghargai dan memahami. Bersempena bulan November ini, OhBulan x Seismik telah melancarkan kempen ‘Kesedaran Seks: Tabu Tapi Perlu Tahu’.

    Bagi edisi kali ini, bakal mengungkap cara pempengaruh dan usahawan terkenal Kak KM mengekalkan ‘spark’ dalam rumah tangganya bersama suami tercinta.

    22 tahun mendirikan rumah tangga

    Sudah 22 tahun mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta dan memiliki empat orang cahaya mata berusia 21 tahun hingga dua tahun, Kak KM berpendapat, kempen ‘Peduli Seks: Tabu Tapi Perlu Tahu’ ini sangat bagus diadakan dan diketengahkan kepada masyarakat tanpa mengira usia.

    Secara umum kempen ini bagus kerana semua orang perlu tahu. Sebut seks bukan lucah ya. Benda macam ni kalau anak-anak tak ada pengetahuan macam-macam akan jadi.

    Tambah Kak KM, sekiranya seseorang individu itu tidak mempunyai kesedaran berhubung pendidikan seks, mereka akan lebih cenderung melakukan gejala sosial sekaligus mengundang pelbagai perkara yang tidak baik.

    Wajar kempen ini diketengahkan. Kalau tak ada pengetahuan benda tak baik akan berlaku. Anak-anak akan menipu kita. Kalau ibu bapa tak bagitahu, anak akan anggap semua elok. Macam saya, anak sejak kecil saya dah cakap pasal private part.

    Bila dah besar saya akan cakap terus dekat mereka. Nak keluar rumah kena balik on time. Jangan nak pegang-pegang kalau keluar. Siap bagi amaran jangan balik mengandungkan anak orang. Bagitahu mereka apa yang boleh buat dan tak boleh. Saya akan pantau semua mengenai hal anak-anak.

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Lianarosli Official (@kakkmsayang)

    Cara kekalkan kehangatan rumah tangga

    Bagi memulakan topik temu bual, bertanya kepada Kak KM sama ada hubungan seksual itu penting ataupun tidak dalam mengekalkan kebahagiaan dalam rumah tangga.

    Anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri ini memberitahu hubungan seksual sangat penting untuk pasangan suami isteri mengekalkan spark dalam perkahwinan.

    Seks penting untuk suami isteri. Kita kena sentiasa pakai wangi-wangian bagi suami tertarik dan seronok duduk dalam rumah bukan lepak kedai mamak. Seks ni bukan setiap hari pun. Tak ada spesifik seminggu tiga kali atau apa. Kadang-kadang kita penat. Kita pula ada masa subur dan tak. Bila nak ‘bersama’ dua-dua kena mainkan peranan.

    : Susah tak nak kekalkan spark dalam perhubungan selepas kahwin?

    ALSO READ:  ‘Demi Allah, Tiada Niat Jadikan Konflik Keluarga Saya Sebagai Konten’ – Abby Abadi Syukur Kasih Sayang Dengan Anak Tetap Kuat

    Kak KM: Sebenarnya tak susah. Kena buat apa yang kita buat waktu zaman bercinta dulu. Contoh, makan bersama, mandi bersama. Tak salah mandi bersama sebab suami isteri kan. Pakaian kena kemas-kemas walaupun duduk dalam rumah sahaja. Kena jaga penampilan untuk suami. Bersiaplah sikit. Jangan pakai baju kelawar bau bawang. Di samping itu, kena kekal berkomunikasi dan jangan cakap lebih kurang dengan pasangan kita.

    : Cabaran dan dugaan sepanjang zaman bercinta, kahwin dan ada anak?

    Kak KM: Sebenarnya waktu bercinta tak fikir masalah. Tahu nak seronok sahaja. Gaduh pun tak ada. Rasa pasangan boleh bagi kebahagiaan. Bila dah kahwin pun rasa bahagia sebab masih bersama. Di awal fasa perkahwinan saya seronok duduk rumah biasa, makan tempat biasa pun okay. Bertindih tidur. Cuma bila dah mula ada anak, baru kami fikir tak boleh hidup macam dulu sebab kena fikir lebih.

    Komunikasi penting dalam hubungan

    Cara nak atasi masalah dalam rumah tangga?

    Kak KM: Kita kena hadap dan lalui. Tak boleh biar ia bertakuk. Bila kita rasa tak puas hati, bagitahu sahaja apa yang tak suka. Lama-lama kalau pendam boleh bercerai. Perkara kecil kalau boleh selesaikan tak perlu nak panjangkan.

    Ujar Kak KM lagi, komunikasi kunci utama hubungannya kekal bersama suami.

    Komunikasi kami tak pernah break down. Kalau tak ada komunikasi hubungan akan jadi hambar. Takut dia cakap dengan orang lain susah pula nanti. Selain itu saya suka heart to heart. Tapi orang lelaki kadang-kadang tak faham. Bila kita cakap dia akan diam. Sebab itu saya ambil keputusan letak dekat Instagram Story kadang-kadang.

    : Jujur penting tak dalam setiap perhubungan?

    Kak KM: Tengok la benda apa. Kadang-kadang saya tak jujur. Takut nak cakap benda yang betul sehingga menyebabkan pasangan kita sentap. Takut dia kecil hati baik kita menipu. Cuma bukan menipu curang.

    : Normal ke bila timbul perasaan bosan dalam rumah tangga?

    Kak KM: Normal la. Tak akan seronok saja. Bila kita kahwin, kita akan tempah masalah. Macam mana cara kita nak buat tak bosan semua atas diri kita sendiri. Kalau pasangan kita buat bodoh, kira dia tak nak dan tak menjadi kalau kita sahaja yang berusaha.

    : Kak KM banyak belajar urusan rumah tangga daripada siapa?

    Kak KM: Tak belajar dengan siapa. Semua pengalaman kita sendiri. Kalau nak diikutkan pengalaman, mama dan papa saya ada fasa bercerai juga. Dalam rumah tangga ‘my life my rules’. Tak ikut orang, kita yang corak hubungan.

    ALSO READ:  [VIDEO] Reaksi Siti Nurhaliza Disuap Makanan Cetus Perhatian Ramai!-“Tak Sempat Nak Cakap…”

    : Meluahkan di media sosial satu cara yang bagus atau tidak? Adakah dikira membuka aib?

    Kak KM: Bila dah kahwin berpuluh dan berbelas tahun, bila satu kali pasti akan meletop. Bukan kita buka aib dia. Kita marah sahaja. Tak kecilkan hati dia pun. Saya tak puas hati memang akan letak di media sosial kalau cakap depan-depan dia tak faham.

    Berbicara lebih lanjut, Kak KM memberitahu suaminya bukan sejenis lelaki yang pemarah.

    Habis kuat merajuk. Kita pula tahu nak pujuk. Saya tahu apa yang dia suka dan tak suka. Kalau macam saya, pujuk tak senang sangat. Tak ada orang pandai pujuk insan bernama Kak KM. Semua itu perlu usaha. Saya cuma mahu dia minta maaf sahaja. Sampai sekarang dia tak pernah minta maaf.

    Tak suka perempuan malas

    OhBulan!: Cara Kak KM kekalkan kecantikan?

    Kak KM: Sejak dalam pantang saya memang jaga dalaman. Saya makan jamu. Semua aura positif akan keluar kalau rahim kita sihat.

    : Pendapat Kak KM tentang wanita yang tak berpantang selepas bersalin?

    Kak KM: Rugi. Pantang bukan lama 44 hari saja. Masa itulah kau nak jaga kulit dan posture badan. Sekali kau tak jaga, suami akan lari. Macam Kak KM pantang 44 hari. Pakai stokin, ikat rambut tegang-tegang, pakai pilis untuk buang busuk dalaman dan makan jamu.

    Tambah Kak KM, menjaga organ dalaman juga merupakan bonus dan rahsia untuk kekal bahagia bersama suami.

    Berbual lebih lanjut, Kak KM mengakui dia tidak suka melihat wanita yang mempunyai sifat pemalas dan tidak pandai menjaga penampilan diri selepas kahwin.

    Wanita macam ini dia tunggulah tak lama dah. Bila kau pemalas kau tak akan buat benda lain. Tak lama rumah tangga akan habis.

    Ditanya mengenai pengambilan suplemen penting ataupun tidak, Kak KM secara ringkas menjawab sangat penting.

    Memang penting ambil vitamin, suplemen dan jamu. Kalau tak penting saya tak meniaga.

    : Apa komen Kak KM mengenai suami suka ‘makan luar’?

    Kak KM: Tak boleh salah suami. Apa jadi pun saya akan salahkan diri sendiri. Kenapa tak jaga diri dan rumah tangga. Kenapa suami ‘makan luar’, isteri kena periksa. Takut kita tak jaga dalaman. Pakaian dalam semua kena periksa bersih atau tak, takut bau.

    ALSO READ:  ‘Ramainya Orang Datang Solat Untuk Kau Am, Hujan Pun Iring Jenazah’ – Aufahanie

    : Bagaimana pula kalau suami bagi alasan anak untuk tambah isteri?

    Kak KM: Dia nak tambah masalah? Kalau dia mampu kahwinlah. Lelaki boleh kahwin empat. Tetapi kena adil dan saksama. Kalau makan tak cukup hentikan saja niat tu.

    Diminta untuk mengulas mengenai penyakit ain dalam perkahwinan, Kak KM mengakui ia wujud.

    Penyakit ain ni dalam kelompok kita saja. Kadang-kadang orang tengok kita bahagia pasti ada yang tak suka. Siapa tak sakit hati dengan saya. Tengok Kak KM dalam keadaan sebegini. Saya tak ambil pusing orang cakap. Tak nak ambil tahu.

    Di akhir temu bual, Kak KM sempat memberi pendapat dan pandangan peribadinya berhubung isu sekufu dalam perkahwinan.

    Dulu saya kenal suami dia seorang peniaga, saya kerja bank. Suami meniaga ada duit. Sampai satu tahap bila saya dah mula meniaga, dia tolong saya. Pendapatan saya pula tinggi berbanding dia. Bagi saya tiada masalah. Dalam hubungan tu kalau ada rezeki lebih tuhan dah tetapkan. Kita kena kongsi. Saya tak akan kedekut dengan anak dan suami sebab kita tumpang rezeki mereka juga.

    Kempen ‘Peduli Seks: Tabu Tapi Perlu Tahu’, yang bermula 1 November hingga 30 November ini bertujuan memupuk pemahaman dan keterbukaan mengenai isu-isu seksualiti, terutamanya dalam kalangan komuniti Melayu.

    Sebuah mikrosite khas di says.com/peduliseks disediakan yang akan bertindak sebagai pusat digital kempen ini. Laman tersebut akan mengandungi pelbagai maklumat kempen, termasuk ruang untuk berkongsi cerita secara anonim dan kerjasama dengan NGO yang berkaitan.

    Dengan hashtag #PeduliSeks, kempen ini juga akan memanfaatkan platform media sosial bagi meningkatkan interaksi dan menjangkau lebih ramai masyarakat.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts