45 tahun terangkum dalam tiga jam penuh kepuasan. Itu adalah gambaran persembahan outstanding daripada maestro muzik negara, Datuk M.Nasir pada malam Konsert Datuk M N45IR Cipta di Axiata Arena malam tadi.
Seramai 25 para pemuzik dan penyanyi latar mengiringi persembahan antaranya Aznan Alias (pengarah muzik dan gitar), Firdaus Mahmud dan Eddie Slam (keyboard), Rafi Mohd (gitar), Norman Abdullah (bass) dan Ujang Exists (drum).
‘Raikan Cinta’
Pentas panggung konsert dibuka pada jam 9.00 malam dengan lagu pertama berjudul Raikan Cinta yang membuatkan kira-kira lebih 8,000 penonton terpukau dan bersemangat.
Pemilik nama Mohammad Nasir Mohamed kemudian itu meneruskan pembukaan persembahan dengan lagu Bikin Filem, Tujuh Nafas Lagi, Senandung Semalam, Medley Dah Lagu Tu dan Oh Anak serta Hati Emas.
Ulang tahun kelahiran PMX
@official Replying to @????? ??? Happy Birthday PMX ??# #fyp #news #mnasir #pmx
? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!
Antara sorotan istimewa pada malam konsert tersebut adalah kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat turut segak mengenakan busana Melayu mengikut tema konsert.
M.Nasir kemudian mendendangkan lagu Allah Selamatkan Kamu kepada beliau bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-77 semalam.
Bukan itu sahaja, pihak penganjur dan M.Nasir konsert turut menghadiahkan pulut kuning khas buat Perdana Menteri ke-10 itu.
Saya mahu nyanyikan sebuah lagu daripada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang ditujukan khas buat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saya tak hadiahkan kek, tapi pulut kuning.
Hadir bersama Perdana Menteri adalah Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, Menteri Kesihatan ,Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Nurul Izzah.
Solidariti buat saudara Islam
Persembahan kemudian diteruskan lagi dengan nyanyian khas yang didendangkan buat mengenang pemergian Pemimpin Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh yang terbunuh dalam serangan Zionis di kediamannya, baru-baru ini.
Penyanyi berusia 67 tahun itu juga mendedikasikan lagu Phoenix Bangkit buat seluruh rakyat Palestin yang diuji dengan peperangan. Dalam masa yang sama, layar besar di pentas turut mempamerkan bendera Palestin sebagai tanda solidariti.
Sentuhan M. Nasir
Perjalanan seni lebih empat dekad komposer versatil itu menyaksikan sentuhannya turut mekar menerusi ciptaan lagu pelbagai genre untuk penyanyi-penyanyi lain.
M.Nasir meraikan 45 tahun di dalam industri dengan mendendangkan medley beberapa buah lagu hasil karyanya termasuk Cinta Kristal (Rahim Maarof), Seribu Tahun Takkan Mungkin (BPR), Senja Nan Merah (Ziana Zain & Datuk Awie), Senandung Semalam (Alleycats) dan Bercanda Di Pasiran Pantai (Sudirman dan Anita Sarawak).
Penampilan khas
Pemuzik terkenal Datuk Ramli MS turut hadir sebagai penampilan khas di konsert tersebut dengan bermain alat muzik akordion mengiringi persembahan bergenre tradisional menerusi lagu yang berjudul Hijab Kekasih.
Bak Hang Tuah & Puteri
Bagai kembali ke zaman kegemilangan hikayat Melayu, penonton konsert pada malam tadi dilihat sangat sporting apabila rata-rata mereka memperagakan busana tradisional Melayu seperti pendekar dan puteri raja.
Kaum adam dilihat segak memakai tanjak manakala kaum hawa manis berbaju kurung dan kebaya.
Konsert yang dibawakan khas oleh Icon Entertainment tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran rakan-rakan artis antaranya Fauziah Nawi, Ella, Lan Solo, Musa Exists, Eddie Wings, Neves Pretty Ugly, Bunkface, Marsha, Ziana Zain, Misha Omar dan Melly Goeslow.
Dalam pada itu, stamina M. Nasir juga tidak tergugat meskipun mempersembahkan lebih 30 buah lagu.