Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Korang Nak Kata Saya Tunggang Isu Abang Bas, Silakan’ – Uyaina...

    [VIDEO] ‘Korang Nak Kata Saya Tunggang Isu Abang Bas, Silakan’ – Uyaina Arshad Tak Kisah Dikecam, Hanya Mahu Berikan Kesedaran

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon, Uyaina Arshad pelik dengan segelintir netizen yang mengecamnya hanya kerana menyuarakan pendapat mengenai isu Abang Bas yang didakwa melakukan amang seksual ke atas kanak-kanak.

    Hanya nak beri kesedaran

    @uyaina.arshadIni bukan personal attack terhadap Abang Bas. Ini adalah untuk create awareness. So kat sini I explain apa tu, paedophile, consent & sexual grooming. Point paling utama kat sini adalah KESEDARAN. Jangan asyik ligat nak buat konten, sampai langgar undang2 & membuka ruang untuk paedophile. Bila orang bagitahu yang sesuatu benda tu SALAH di sisi undang2, jangan lah back up yang salah tu. Jangan jadi enabler. Semoga yang baik2 untuk kita semua.? original sound – UyainaArshad

    Menerusi hantaran di TikTok, Uyaina menjelaskan bahawa kelantangan dalam menyuarakan isu tersebut bukan kerana mahu ‘menyerang’ individu tersebut sebaliknya hanya mahu memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang pedofilia.

    Baru-baru ini saya kena kecam teruk pasal kes Abang Bas dan korang boleh tengok sendiri kecaman-kecaman yang saya terima.

    Saya bukannya nak ‘bash’ Abang Bas, tapi boleh tak kalau kita sama-sama tengok kesalahan apa yang dia buat sampai membuatkan didakwa di mahkamah.

    Korang janganlah cakap saya cemburu ke, busuk hati ke, fitnah Abang Bas tu ke sebab sebelum ini saya tak pernah tahu pun pasal kewujudan dia.

    Sampai ada yang cakap pada saya kenapa baru sekarang nak bersuara? Saya bersuara sebab nak bagi kesedaran pasal benda ini. Kita kena jadi masyarakat yang cakna tentang undang-undang yang berlaku.

    Menurut ibu kepada dua orang anak ini, meskipun seseorang itu tidak mengetahui perkara yang dilakukan itu adalah satu kesalahan, itu bukanlah tiket untuk mereka terlepas daripada hukuman yang telah ditetapkan.

    Ada juga yang cakap mungkin Abang Bas tak tahu apa yang dilakukan itu salah, tak boleh ke bagi nasihat ja dulu.

    Korang, kejahilan tentang undang-undang bukan alasannya. Tak bermaksud kalau anda tak tahu tentang kewujudan satu satu undang undang tu, tak bermaksud anda terkecuali daripada implikasi undang-undang tu.

    Jadi sekarang Abang Bas dah didakwa, walaupun belum lagi disabitkan kesalahan tetapi itu bukan ‘point’nya. The main point here adalah kesedaran.

    Tak kisah kena kecam

    Sementara itu, isteri kepada penyanyi Raja Syahiran memaklumkan dia sama sekali tidak terkesan dengan kecaman yang diberikan sebaliknya akan terus menyebarkan kesedaran mengenai isu tidak bermoral ini.

    Korang nak kutuk saya ke, nak cakap macam-macam pasal saya ke, saya terpaling tahu lah, saya terpaling nak tunggang isu ini sebab nak populariti, silakan.

    Sejujurnya saya tidak terkesan dengan kecaman itu dan niat saya adalah untuk bagi kesedaran dan kongsi ilmu tentang perkara ini.

    Tolonglah, kita sama-sama jadi masyarakat yang lebih cakna tentang apa konten yang boleh buat, yang tak boleh.

    Diharapkan konten-konten yang kita buat tu dapat memberi manfaat kepada orang lain.

    Sekadar info, seorang pemandu bas yang dikenali sebagai Abang Bas ditahan di Simpang Renggam pada Jumaat lalu dan didakwa di Mahkamah Sesyen Muar atas dua pertuduhan melakukan amang seksual kanak-kanak sejak April lalu.

    ALSO READ:  Kemunculan Epik Duo Rockers ‘Buck & Awas’ Mengembalikan Zaman Rock Kapak

    Tertuduh yang berusia 24 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sayani Mohd. Nor.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts