Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Kru Produksi Dedah Elly Mazlein Pemurah, Suka Belanja Orang Makan –...

    [VIDEO] Kru Produksi Dedah Elly Mazlein Pemurah, Suka Belanja Orang Makan – ‘Dia Belanja Sate Tulang Untuk Semua Kru Kampung People 2’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Kalau sebut je nama artis versatil Elly Mazlein, pasti ramai yang akan teringat dengan perangai ‘gila-gilanya’ sewaktu menjadi pengacara di atas pentas.

    Sungguhpun begitu, pemilik nama Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ini juga terkenal dengan sikap pemurahnya yang gemar menjamu kru produksi setiap kali sesi penggambaran.

    Satu ‘team’ dia belanja

    @lepakspacepodcast Rashid @Acid cerita Elly Mazlein seorang yg suka belanja org makan di set. Rashid pernah 1 set dengan Kak Lina Pompom masa mereka shooting cerita #kampungpeople – FULL EPISODE DI YT & SPOTIFY “LEPAK SPACE PODCAST” #ellymazlein #kaklinapompom #productiontv #dramamalaysia #filemmalaysia #lepakspacepodcast #podcastmalaysia #podcastclips #fyp #fyp??viral #viral #tiktokmalaysia #trending #videoviral ? original sound – lepakspacepodcast

    Pendedahan itu dibuat seorang kru produksi yang pernah bekerjasama dengan Elly sewaktu sesi penggambaran drama ‘Kampung People 2’ menerusi satu sesi podcast yang diberi nama @lepakspacepodcast.

    Menerusi podcast tersebut, kru produksi yang dikenali sebagai Rashid itu mendedahkan bahawa Elly yang mesra disapa Kak Lina Pom Pom pernah menjamu sate tulang untuk semua orang yang terlibat dengan sesi penggambaran.

    Ada (artis yang suka belanja makan), salah satunya adalah Kak Lina Pom Pom, uih dia memang suka belanja orang.

    Aku ingat lagi masa itu kitorang tengah ‘shoot’ Kampung People 2, dia belanja sate tulang yang harganya mahal.

    Dan dia belanja satu ‘production’, boleh dikatakan berpuluh orang termasuk artis-artis dan kru produksi.

    Tambah Rashid, Elly kebiasaannya akan membelikan makanan yang dia teringin makan untuk dijamu bersama-sama sewaktu sesi penggambaran.

    Biasanya, dia akan belanja apa yang dia suka makan. Contoh macam dia teringin makan laksa pada hari kejadian jadi dia akan belikan untuk semua sekali.

    Sebab itu lah dia murah rezeki dan masalahnya bukan sekali dia belanja kitaorang semua.

    Kita ‘shooting’ dalam 40 atau 50 hari, ada lah dalam lima atau enam kali juga dia belanja kitaorang.

    Video tersebut telah menjadi tular dan meraih perhatian wargamaya.

    ALSO READ:  Mahmud Jumaat Tarik Diri Mewakili Ibu Zayn Rayyan – ‘Saya Bukan Peguam Sesuai Untuk Kes Ini’

    Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap pemurah Elly dan mendoakan agar penyanyi berusia 44 tahun itu sentiasa dimurahkan rezeki.

    Komen netizen

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts