Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Kugiran Masdo Respon Penampilan Dilabel ‘Seperti Tak Mandi’ – ‘Terima Kasih...

    [VIDEO] Kugiran Masdo Respon Penampilan Dilabel ‘Seperti Tak Mandi’ – ‘Terima Kasih Kepada Yang Menegur’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    masdo tak mandi 2masdo tak mandi 2

    Baru-baru ini, penampilan kumpulan Kugiran Masdo menerusi sebuah poster dikatakan seperti tidak mandi oleh wargamaya di platform X.

    Tak mandi?

    masdo tak mandi 1masdo tak mandi 1

    Tidak cepat melatah, Kugiran Masdo ketika ditemui tampil menjelaskan tentang kritikan tersebut.

    Pemain bes kumpulan itu, Putu Ceri berkata gambar tersebut diambil selepas mereka baru sahaja menyelesaikan penggambaran muzik video yang memakan masa lama. Justeru itu, atas faktor keletihan telah memberi kesan terhadap foto tersebut.

    Bukanlah mahu menjelaskan apa-apa, tapi gambar yang digunakan itu diambil semasa kami baru sahaja selesai melakukan penggambaran video muzik lagu Pujaanku.

    Proses penggambaran muzik video itu mengambil masa seharian, jadi memang ‘barai’ (penat), ‘disidai’ dan sebagainya.

    Tapi biasalah, kami bagi gambar profil lain tetapi mereka gunakan foto yang diambil daripada Google pula.

    Walau bagaimanapun, gitaris kumpulan tersebut iaitu Asmawi tetap menghargai teguran yang diberikan.

    Dalam nada berseloroh, dia juga berkata ianya boleh dijadikan sebagai titik perubahan buat mereka untuk lebih menjaga penampilan selepas ini.

    Terima kasih kepada yang menegur, kalau tidak kami tak perasan juga sebab kami rasa kami sudah kacak.

    Mungkin selepas ini kami boleh ambil ‘make up artist’ sebab kami pun sangat ‘rock and roll’ dan santai. Macam Ali (vokalis) pun dia sudah mula gunakan produk penjagaan kulit.

    Dalam perkembangan lain, Kugiran Masdo baru-baru ini mengharumkan nama Malaysia ke festival muzik di Mangolia dan Korea Selatan selepas mengadakan beberapa siri persembahan di Indonesia.

    Kami baru sahaja pulang dari Ulaanbaatar, Mongolia dan juga Busan, Korea. Alhamdulillah kami menjayakan festival muzik pada 5 dan 7 Julai lalu.

    Mana-mana negara yang kami pergi untuk buat persembahan, kami akan tetap menyanyikan lagu di dalam Bahasa Melayu malah mereka ‘enjoy’ mendengar muzik kami.

    Untuk info, Kugiran Masdo bersama kumpulan Spider dan Ella bakal menjayakan Konsert Mahardika pada 30 Ogos ini bertempat di Space Arena Penang, Pulau Pinang.

    ALSO READ:  [VIDEO] 10 Jam Hadap Jem, Sampai KL Tengok Rumah Kena Pecah Masuk – ‘Duit Cash, Tabung Semua Dia Ambil’

    Dapatkan tiket di www.ticket2u.com. dengan harga RM98 (Standing), RM118 (Silver zone), RM128 (Rock zone), RM148 (Platinum), RM198 (Gold), RM350 (VIP).

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts