Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Lagu ABC Versi Orkestra Ernie Zakri & Syamel Cetus Perhatian Ramai!

    [VIDEO] Lagu ABC Versi Orkestra Ernie Zakri & Syamel Cetus Perhatian Ramai!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak mengenali Nur Ernie Shahirah Zakri, seorang pelakon dan penyanyi hebat Malaysia. Ernie Zakri mula muncul dalam bidang seni apabila menyertai pertandingan Bintang RTM edisi 2009 dan menjadi juara.

    Ernie Zakri juga meraih anugerah vokal terbaik dalam AJL ke-32. Selain itu, beliau juga pernah menjadi guru muzik di Akademi Muzik Bentley, Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

    Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Ku Bersuara’ ini kini telah bergelar isteri kepada penyanyi lelaki Malaysia, Syamel atau nama penuhnya Syamel Aqmal Mohd Fodzly, dan bersama-sama memiliki seorang anak perempuan bernama Nur Khawla Soleha.

    “Nasib Diorang Ni Bukan Cikgu Tadika Aku”

    Baru-baru ini, satu video dimuat naik di laman media sosial TikTok milik @tilutmsc telah menarik perhatian ramai. Video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak 97 ribu, tanda suka sebanyak 3941 dan 107 komen.

    Dalam video tersebut, Ernie Zakri dan Syamel menyanyikan lagu ABC sambil diiringi muzik yang dicipta pemilik akaun TikTok, @tulutmsc, memberikan lagu tersebut kelihatan seperti sebuah Orkestra.

    @tilutmsc

    Replying to @Razlansyah

    ♬ original sound – Tilut – Tilut

    Banyak netizen teruja dengan versi lagu ABC Ernie Zakri dan Syamel. Mereka juga berpendapat lagu ABC itu kedengaran seperti lagu ala-ala Disney yang dapat membangkitkan semangat.

    “Gempak, lagu ABC dah macam lagu Disney”

    “Nasib la diorang nin tak jadi cikgu tadika aku dulu, kalau tak sampai sekarang la aku takleh nyanyi ABC”

    “Boleh guna untuk persembahan sekolah ni, hahaha”-kata mereka

    VIA TIKTOK

    Lagu ABC tersebut memang betul-betul ‘Next Level’ dan juga sedap didengar. Semoga Ernie Zakri dan Syamel terus mengeluarkan karya-karya hebat untuk peminat setia mereka.

    Apakah pendapat anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts