Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Lagu Baru Ernie Zakri ‘Masing-Masing’ Raih Perhatian Ramai!-“Sakitnya Sampai Yang Single...

    [VIDEO] Lagu Baru Ernie Zakri ‘Masing-Masing’ Raih Perhatian Ramai!-“Sakitnya Sampai Yang Single Pun Terasa”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Nur Ernie Shahirah Zakri atau lebih dikenali sebagai Ernie Zakri, yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia. Ernie Zakri memulakan kerjayanya apabila dia menyertai pertandingan bintang RTM edisi 2009 dan sekaligus menjadi juara dalam pertandingan tersebut.

    Selain itu, Ernie Zakri juga telah memenangi anugerah vokal terbaik dalam AJL yang ke-32. Dia juga merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

    Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Ku Bersuara’ itu telah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi lelaki Malaysia iaitu Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly serta dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Khawla Soleha.

    Lirik & Suara Yang Menusuk Jiwa

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @eznators yang meraih perhatian lain. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 230 ribu, tanda suka sebanyak 14 ribu dan sebanyak 310 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Ernie Zakri yang menyanyikan lagu terbarunya yang berjudul ‘Masing-masing’ di konsert Patah Hati 2.0 di Zepp Kuala Lumpur.

    @eznators

    The lyrics always >>> ❤️‍🩹 Masing-masing (Ernie Zakri) #erniezakri #ernienators #masingmasingerniezakri #erniezakriaura #konsertpatahhati

    ♬ Masing Masing – Ernie Zakri & Ade Govinda

    Rata-rata pada ruangan komen video tersebut, netizen menyifatkan lagu tersebut mempunyai makna yang mendalam. Mereka juga mengatakan bahawa, walaupun mereka tidak menjalinkan hubungan (Single) namun merasai tersakiti apabila mendengar lagu tersebut.

    “Terasa macam ditinggalkan bila dengar lagu ni, padahal aku singleeeee!”

    “Siapalah penulis lirik, jiwang ku sedih parah”

    “Punah organ dalaman aku dengar lagu ni, mendalam sangat”

    “Deep, sebab pernah ada dalam situasi tu”-kata mereka

    VIA TIKTOK

    Apa-apa pun, semoga Ernie Zakri sentiasa menghasilkan karya yang berkualiti buat peminat-peminat yang sentiasa menyokongnya di dalam industri seni ini.

    ALSO READ:  [VIDEO] Ernie Zakri Payung Lagu Loghat Kelantan Raih Pujian Ramai!

    Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts