Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Lagu Ini Tajuknya Memang Aiman Tino, Tetapi Tiada Kena Mengena...

    [VIDEO] ‘Lagu Ini Tajuknya Memang Aiman Tino, Tetapi Tiada Kena Mengena Dengan Dia’ – Wani Kayrie

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Berikutan menggunakan nama penyanyi ‘Aiman Tino’ sebagai judul lagu, Wani Kayrie menafikan bahawa single tersebut berkisarkan tentang Aiman.

    Tiada kena mengena

    Ketika ditemui , Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah menjelaskan bahawa lagu tersebut tidak berkait langsung dengan Aiman Tino malah hanya namanya sahaja dijadikan sebagai judul.

    Lagu ini memang tajuknya ‘Aiman Tino’ tapi jalan cerita dan lirik lagu tiada kena mengena dengan penyanyi tersebut.

    Kami pun sudah minta izin Aiman untuk menggunakan namanya sebagai tajuk lagu.

    Menurut penyanyi berusia 24 tahun itu, lagu berkenaan adalah hasil karya sepenuhnya oleh penulis lirik terkenal, Ezra Kong.

    Mengambil contoh lagu-lagu terdahulu, Wani berkata tajuk tersebut dipilih adalah semata-mata untuk penambah rasa.

    Lagu ini dicipta sepenuhnya oleh Ezra Kong. Semasa saya dapat demo lagu ini memang tajuknya sudah diberikan iaitu ‘Aiman Tino’.

    Apabila saya bertanya kepada Ezra mengapa lagu ini diberikan dengan judul tersebut, dia berkata ia adalah ‘rhyme’ untuk masuk dengan lirik lagu.

    Sebelum ini kita sudah mempunyai lagu-lagu seperti Sofea Jane. Tetapi ‘Aiman Tino’ hanyalah sebagai penyedap tajuk lagu itu sahaja.

    Wani berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Futureland Festival yang berlangsung di The Boulevard St. Giles Hotel, Kuala Lumpur pada Khamis.

    Bukan lagu tentang Aiman

    Walau bagaimanapun, Wani mengakui dia berasa risau untuk menyampaikan lagu berkenaan pada awalnya tetapi pandangannya berubah selepas mendengar dan melihat lirik yang menarik.

    Pada mulanya saya ingatkan lagu ini ditujukan untuk Aiman Tino tetapi tidak sebenarnya. Apabila mendengar, ianya sangat ‘catchy’ lalu membuatkan saya mahu menyanyikannya.

    Semasa dapat lagu ini, ya saya akui ada rasa ragu-ragu kerana dia adalah teman saya.

    Tetapi apabila kami sudah berbincang bersama pihak pengurusan dan merujuk lagu-lagu sebelum ini, kami merasakan di dalam lagu tersebut tiada langsung cerita buruk tentang dia malah liriknya baik-baik sahaja. Jadi saya rasa takkan ada masalah.

    Bercerita lanjut, penyanyi berasal dari Sabah itu berkata, Aiman memberikan reaksi yang positif ketika mengatahui namanya digunakan pada lagu tersebut.

    Aiman sangat teruja dan gembira apabila dia tahu yang menulis lagu ini adalah Ezra. Aiman tak menyangka pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) sendiri yang menulis lagu itu dan memberikan tajuk menggunakan namanya.

    Terdahulu, Wani dikecam oleh warganet berikutan mereka kurang senang kerana lagu tersebut didakwa berkaitan dengan Aiman yang sudah pun memegang status suami orang.

    @official

    Tiada kena memgena ya ????# #fyp #news #wanikayrie #aimantino #tajuk #lagu

    ? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    ALSO READ:  Ellie Suriaty Utamakan Keserasian – ‘Kalau Tak Ada ‘Rasa’ Dekat Dia, Macam Mana?’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts