Shah Indrawan bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Tomok merupakan seorang penyanyi dan pelakon di Malaysia. Beliau menggunakan nama Tomok dari tahun 1999 sebagai nama pentas.
Tomok terdahulu memulakan kerjayanya dalam nyanyian berkumpulan yang diberi nama New Boyz, kumpulan tersebut sangat popular pada era 20an dan Tomok merupakan vokalis kumpulan tersebut. Pada 2009 kumpulan New Boyx telah menamatka kontrak dan Tomok bergerak solo dengan menyertai One In A Million dan seterusnya menyerta Gegar Vaganza.
“Pemandangan Yang Indah Bersama Lagu Kabhi Khushi Kabhie Gham”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Tomok yang meraih perhatian ramai. Video tersebut kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 132 ribu, tanda suka sebanyak 7904 dan sebanyak 153 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tomok yang berada di tepi tingkap keretapi yang sedang melihat pemandangan gunung yang diselaputi salji di Switzerland.
“Berangan Jap”-tulis Tomok
@tomoknewboyz berangan jab
♬ Kabhi Khushi Kabhie Gham (Sad Version -1) – Jatin-Lalit & Sonu Nigam
Rata-rata ramai yang teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa, di situ adalah tempat idaman yang mereka ingin kunjungi suatu hari nanti.
Apa-apa pun, semoga suatu hari, kita berpeluang untuk merasai pengalaman sebegitu juga. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
Apa kata anda?