Pelakon dan usahawan, Datin Atikah Suhaime mendedahkan dirinya mengalami alahan yang agak teruk sejak akhir-akhir ini.
Tak boleh makan bawang
@atikahsuhaimeeee Lama tak post mukbang. Terimalah focaccia bread mushroom portobello sandwich ni. Thank you temankan late lunch. #fyp #tiktokmalaysia #foodvlog #mukbang #sandwich #focaccia ? Di Balik Langit Yang Sama – Jemari Lembut
Menerusi hantaran di TikTok, Atikah berkongsi video dirinya yang sedang memasak masakan Itali yang diberi nama ‘Portabello Mushroom Focaccia Sandwich’.
Dalam pada itu, pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime memohon maaf kerana jarang memuat naik video mukbang atas faktor mual yang sedang dihadapi.
Apa yang mencuri perhatian ialah, pelakon berusia 33 tahun juga memaklumkan bahawa dia tidak boleh makan makanan yang mengandungi bawang dan bawang putih.
Sejak akhir-akhir ini, mual-mual makin teruk.
Maaf kalau kalian tertunggu-tunggu video mukbang, saya memang tak boleh makan bawang dan bawang putih buat masa sekarang.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya membuat andaian bahawa Atikah kini sedang hamil kerana mengalami alahan yang teruk.
Sekadar info, Atikah selamat bergelar isteri kepada Datuk Lokman Teh pada 21 Januari lalu.