Pelakon berpengalaman, Razak Ahmad mencuri perhatian ketika menyertai sesi podcast santai bersama YouTube ‘channel’ Raksasa Manja.
Kongsi lagu laungan azan
@mr_bon888 Antara Lagu dalam Azan #RazakAhmad #RaksasaManja #Azan #Seniman #penyanyi ? Very Sad – Enchan
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Razak atau nama sebenarnya Abdul Razak Ahmad berkongsi ilmu mengenai lagu-lagu yang digunakan oleh muazzin untuk melaungkan azan.
Menurut Razak, berlagu dalam azan sangatlah penting kerana laungan suci itu adalah bertujuan untuk memanggil umat Islam untuk mengerjakan ibadah solat.
Itulah ilmu yang ada sedikit pada saya, yang Allah bagi pinjam. Bila bercakap soal azan saya seronok sebab saya tahu serba sedikit mengenai lagu-lagu yang digunakan.
Laungan azan ini kan untuk menyeru orang bersolat, seharusnya ia perlulah dilaungkan dengan baik bersama dengan lagu serta makhraj yang sempurna.
Apa yang mencuri perhatian ialah, laungan azan yang dilakukan Razak ketika sesi podcast tersebut cukup lunak dan merdu sehinggakan pengacara podcast berkenaan memaklumkan dirinya meremang ketika mendengarnya.
Video tersebut menjadi tular dan meraih perhatian wargamaya yang ratanya bersetuju dengan pendapat Razak mengenai laungan azan.
Menjengah ke ruangan komen, netizen juga memaklumkan mereka terpegun dengan laungan azan yang disampaikan Razak serta memuji kemerduan suara pelakon berusia 61 tahun itu.