Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Layanan Dalam Penjara Sangat Baik, Saya Sempat Sampaikan Dakwah Ajar Orang...

    [VIDEO] ‘Layanan Dalam Penjara Sangat Baik, Saya Sempat Sampaikan Dakwah Ajar Orang Mengaji & Sambut Maulidur Rasul’ – Da’i Syed

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Da'i SyedDa'i Syed

    Pendakwah selebriti, Da’i Syed berkongsi pengalamannya selama 21 hari di Penjara Kajang.

    Pengalaman di penjara

    Da'i SyedDa'i Syed

    Menerusi temu bual bersama , Da’i Syed berkata, dia sempat meluangkan masa bersama anak perempuannya, Sharifah Fatma Nour Jamalullail selama 16 hari sahaja.

    Saya baru 16 hari bersama anak. Tetapi takdir Allah petang itu saya berniat nak cukur rambut anak saya tapi rambut saya yang dicukur.

    Allah sebaik-baik perancang. Masuk penjara merupakan pengalaman yang sangat pahit. Gelap hidup saya pada saat itu.

    Menurut Da’i Syed, meskipun dia berasa hidupnya sangat gelap pada masa itu, tetapi Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja.

    Alhamdulillah kesihatan saya sepanjang dalam penjara baik. Saya makan pun cukup. Cuma hari ini saya tak sihat sebab demam dan ada ulcer di dalam mulut.

    Da’i Syed yang ditemui di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pagi Selasa, turut memberitahu dia mendapat layanan yang baik ketika dalam penjara.

    Layanan dalam penjara pun sangat baik. Saya bersyukur dapat menyampaikan dakwah ajar orang mengaji dan sambut Maulidur Rasul di dalam sana.

    Isteri bersyukur

    Da'i SyedDa'i Syed

    Isteri kepada Da’i Syed iaitu Hana Ismail turut meluahkan rasa syukur kerana suaminya sudah kembali ke pangkuan keluarga.

    Alhamdulillah syukur, sebenarnya manusia ini diberi pinjaman masa jadi saya nak habiskan masa sebaik mungkin bersama suami dan anak selagi boleh. Saya lega.

    Disoal bagaimana menghadapi kecaman apabila suami berada di dalam penjara, Hana hanya menjawab ‘Alhamdulillah Allah maha baik’.

    Sebenarnya tak semua orang begitu (mengecam). Ramai juga orang di luar sana yang baik-baik dan prihatin dengan kami.

    Mungkin pada mereka kami tidak layak. Tetapi sebab ihsan kami tinggi dan berkelakuan baik dapat juga (sokongan).

    Di akhir temu bual, Da’i Syed mengakui bahawa apa yang menimpanya pada waktu ini memberi kesan terhadap kerjayanya.

    Saya akan cuba bangunkan semula kerjaya saya dan lakukan apa yang boleh untuk menyara keluarga.

    @official Replying to @Ridd Doakan yang baik-baik ?# #fyp #news #daisyed #mulakan #berniaga #cari #duit ? original sound – OHBULAN!

    ALSO READ:  Abby Abadi Nafi Pusing Cerita – ‘Demi Allah, Saya Dapat Tahu Tentang Kematian Anak Marissa Selepas Semuanya Selesai’

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts