Penyanyi tersohor negara iaitu Dato Sri’ Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Mana-Mana Pun Okay, Kami Sentiasa Support”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitinurhalizafan yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 30 ribu, tanda suka sebanyak 1,080 dan sebanyak 75 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang menjawab soalan individu yang menanyakan kepadanya sama ada beliau lebih gemar menyanyi di show biasa ataupun di konsert.
“Saya pernah ditanya Siti lebih enjoy buat show biasa ataupun konsert. Memanglah show biasa ni mudah, nyanyi 2,3 lagu lepastu balik tak perlu berlatih selama sebulan seperti konsert.”-Kata Tokti
“Tapi saya suka konsert sebab di situlah saya akan menguji saya punya fizikal mental, jadi orang yang lebih kreatif, saya sentiasa cari idea-idea baru”-Tambah Tokti
@sitinurhalizafan Show Biasa Atau Konsert Pilihan DS Siti Nurhaliza?
♬ original sound – Siti Nurhaliza Fans – Siti Nurhaliza Fans
Rata-rata peminat teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa, tidak kisah sama ada show biasa ataupun konsert kerana mereka tetap akan menyokong Tokti.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?