Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia meluahkan rasa sebak selepas namanya beberapa kali ‘dipetik’ dan menjadi bualan seakan dia melakukan kesalahan di mata orang ramai.
‘Tertanya-tanya salah yang saya buat’
Dengarkanlah luahan hati, pemilik gangsa kedua negara Olimpik Paris 2024
Istimewa buat anda, rakyat Malaysia.
Bersatu kita teguh#GoForGold #SokongMalaysia #Paris2024 #KitaSemuaTeamMas pic.twitter.com/1tXSJLyJTi
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 5, 2024
Menerusi sesi temu bual bersama Astro Arena selepas memenangi pingat gangsa di temasya Sukan Olimpik Paris 2024, Lee Zii Jia yang menitiskan air mata memaklumkan rutin hariannya sedikit terganggu kerana ada saja berita yang kurang enak didengar mengenai dirinya.
Tambah pemain badminton berusia 26 tahun itu lagi, dia juga tertanya-tanya apakah kesalahan yang dilakukan sehingga ramai yang melemparkan kecaman kepadanya.
Setiap pagi saya bangun dan menyertai sesi latihan tetapi pasti akan nampak macam macam berita keluar pasal nama saya.
Saya tertanya-tanya apa salah yang saya dah buat.
Hantaran tersebut telah menjadi tular dan meraih perhatian para peminat sukan badminton yang turut sebak mendengar luahan hati Lee Zii Jia.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat dan ucapan terima kasih buat Lee Zii Jia yang baru sahaja memenangi pingat gangsa bagi temasya sukan berprestij itu.
Sekadar info, Lee Zii Jia merupakan penyumbang pingat yang kedua buat negara bagi temasya sukan berkenaan selepas pasangan beregu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang turut memenangi pingat gansa menewaskan pasukan daripada Denmark, semalam.