Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Lelaki Bakar Motor Anak Kerana Tak Dengar Nasihat & Sering Keluar...

    [VIDEO] Lelaki Bakar Motor Anak Kerana Tak Dengar Nasihat & Sering Keluar Lewat Malam – ‘Sebelum Aku Hilang Kau, Aku Bakar’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Di TikTok, seorang lelaki mencuri tumpuan apabila bertindak membakar motosikal milik anaknya kerana sering keluar malam.

    Bakar motor anak

    @kajolmarey01 Aku dah hilang sabar #vidioviral #budakmotor #matrempit #tiktokviral #fyp #rxzmalaysia #ex5 #ex5malaysia #bakarmotor #fyp ? original sound – kajol_marey

    Menerusi perkongsian @kajol_marey, dia yang sedang membakar motosikal jenis Honda EX5 memaklumkan sanggup hilang harta benda asalkan anaknya tidak terjebak dengan perkara yang tidak bermoral.

    Tambah lelaki itu, tindakannya itu juga sebagai pengajaran untuk anaknya yang susah mendengar nasihat.

    Sebelum aku hilang kau, ini ubat dia. Aku bakar ja senang (motor ini).

    Tak payah ada motor lagi senang, ada motor nanti jadi hantu. Ini buat budak-budak yang suka keluar malam, tak reti nak ikut cakap mak ayah.

    Walau bagaimanapun, perkongsian yang dibuat lelaki itu mengundang reaksi daripada netizen yang dilihat kurang bersetuju dengan tindakan yang dilakukan.

    Perjelas sebab bakar motor anak

    @kajolmarey01 maaf kan saya semua ….tapi #fyp #bakarmotor #ex5malaysia #ex5 #rxzmalaysia #tiktokviral #vidioviral #midiaviral #tikto #merempit #fy ? Piano Sedih – Eki Herdiansyah

    Tidak berdiam diri, lelaki berkenaan kemudiannya tampil memberikan penjelasan berhubung tindakan yang dilakukannya itu.

    Jelas lelaki itu, dia membelikan motosikal berkenaan bagi memudahkan urusan anaknya untuk berangkat ke sekolah, namun lain pula yang dilakukan anaknya apabila sering keluar malam.

    Asalamualaikum, kadang-kadang bila kita sampai satu tahap, kita akan hilang sabar memang saya baca komen macam-macam tapi itu cara saya didik anak sendiri.

    Daripada saya hilang dia, baik saya korbankan dulu motor yang saya pernah bagi pada dia untuk pergi kat sekolah. Tapi dia bukan pakai untuk pergi ke sekolah sahaja, takut benda-benda lain.

    Dua perkara ja yang saya takut, pertama kalau polis telefon, ‘Encik, anak encik kat balai ada kesalahan merempit, samseng jalanan dan sebagainya.

    Yang kedua paling saya takut kalau ada orang telefon atau polis kata, ‘Encik anak encik dah meninggal dunia, ada kat sekian-sekian tempat’. Itu paling saya takut.

    Di akhir hantaran, lelaki tersebut turut memohon maaf jika perbuatannya itu tidak dipersetujui orang ramai sehingga membuatkan mereka rasa tidak selesa dengan apa yang dilakukannya.

    Ini cara saya sendiri, terpulang lah orang nak kecam ke apa terpulang lah.

    Apa saya buat ini untuk anak-anak zaman sekarang.

    Anda kena ingat mak ayah separuh nyawa cari duit nak bagi makan, minum, pakaian untuk anda senang.

    Saya minta maaf lah kalau video itu agak melampau tapi saya sayangkan anak-anak saya.

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Misha Omar Menyakat Anak Sulungnya, Raih Perhatian Ramai!-“Dah Besar Dah Dia”

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts