Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Lelaki Hina Anak Caprice & Isteri Melutut Minta Maaf – ‘Baru...

    [VIDEO] Lelaki Hina Anak Caprice & Isteri Melutut Minta Maaf – ‘Baru 23 Perangai Macam Sampah’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Seorang pemuda yang meninggalkan komen berbuar hinaan terhadap anak Caprice iaitu Airiel Qashaf tampil membuat permohonan maaf kepada isteri pempengaruh itu, Farra Inalis.

    Melutut minta maaf

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

    Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram (IG), Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dilihat membawa pemuda berusia 23 tahun itu berdepan dengan isterinya di rumah.

    Farra dilihat memarahi pemuda berkenaan sebelum memintanya untuk melutut memohon maaf kepadanya.

    Satu soalan aku nak tanya kau ini gila ke betul? Apa masalah kau maki-maki anak aku?

    Baru 23 nak buat perangai sampah. Kau patut bersyukur jumpa dengan Caprice dalam keadaan dia mampu kawal aku.

    Kau nak minta maaf dengan aku, ikut cara aku. Aku nak kau melutut minta maaf dengan anak aku.

    Kau buat apa yang aku nak, dua dua lutut ke bawah pun tak apa.

    Farra turut menasihati pemuda tersebut untuk tidak mengulangi perbuatannya itu terhadap mana-mana orang lain di luar sana.

    Selepas permohonan maaf dibuat, Caprice memberi dua pilihan kepada pemuda tersebut sama ada mahu menyelesaikan isu tersebut di balai polis atau di masjid.

    Pelantun lagu ‘Kau Hade’ itu kemudiannya membawa pemuda berkenaan ke masjid untuk menunaikan solat dan berpelukan.

    Bukan itu sahaja, Caprice dilihat turut memberikan wang kepada pemuda tersebut untuk diberikan kepada ibunya.

    Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya dan rata-ratanya memuji Caprice yang tetap memberikan wang saku kepada pemuda berkenaan meskipun telah menyakiti hatinya dan isteri.

    Walau bagaimanapun, terdapat juga netizen yang tidak bersetuju dengan tindakan Farra yang meminta pemuda berkenaan untuk melutut memohon maaf kepadanya.

    ALSO READ:  ‘Sejak 20 Tahun Lalu Azizulhasni Awang Telah Membanggakan Malaysia, Kita Tidak Boleh Lupa Jasanya ‘ – Nicol Ann David

    Komen netizen

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts