Model dan pempengaruh media sosial, Ameera Khan menjawab beberapa pertanyaan netizen berhubung hubungannya dengan aktor dari Indonesia, Jefri Nichol.
Kenal dia secara peribadi
Menurut Ameera menerusi sebuah rakaman video di TikTok, dia berharap dapat bersama Jefri. Disoal mengenai sikap aktor tersebut yang didakwa ‘playboy’ dan terlalu banyak ‘red flag’, adik kepada Neelofa ini berkata, dia mengenali lelaki tersebut secara peribadi.
InsyaAllah sayang I want to end up with you. Saya berdoa untuk bersama dia. Bagus dia playboy. Lelaki kalau kacak, terkenal dan ada segalanya kalau tak playboy mungkin saya akan risau. Janji tak playboy dengan saya. Saya boleh buat lawak sebab saya tak ambil serius orang kata dia red flag dan playboy. Saya kenal dia secara peribadi dan kalian tidak.
Tambah Ameera, dia berterima kasih kepada semua yang ambil tahu mengenai dirinya. Jelas Ameera, dia berada dalam keadaan selamat dan baik-baik sahaja.
Saya tak tinggi daripada dia. Kalau saya tinggi pun apa masalah?
Video
@ptryyy04_ Replying to @Yourstar follow for more! #littlemisskhan #jefrinichol #indonesia #masukberanda #ameerakhan #fyp #fypage #bucin
? original sound – ? ? ? ?????? ??? – ? ? ? ?????? ???
Terdahulu, adik kepada usahawan dan selebriti Neelofa itu dikatakan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan aktor dari Indonesia, Jefri Nichol.
Ameera dan Jefri dilapor pernah bercinta sebelum ini, namun, hubungan mereka dikhabarkan putus sekitar Oktober 2021 selepas dia tidak lagi mengikuti Jefri di Instagram.
Pada penghujung Mac tahun lalu, percintaan Ameera dan Jefri dikhabarkan kembali bertaut malah mereka kini semakin terbuka mendedahkan kemesraan di media sosial.