Tular baru-baru ini, sebuah video yang memaparkan seorang lelaki memberi baju kepada gelandangan yang kesejukan.
Baik hati
@afhiaffandy Semoga Allah terima Amal Kebajikan Tuan Hj Wan Alamshah MasyaAllah Tabarakallah….. Seorang yang kmk niat dari kmk orang “angkat tuboh “mbak kata urang tua…. Hidup Hj wan tok xjauh dari Amal kebajikan …. maseh ingat kata2 nya ngan kmk orang dolok…”xmampu kita kenyangkan orang ,cukup nangga orang yang kita bantu senyum…” Allahu…..Moga menjadi Asbab mengajak orang lain dalam Fastabiqul Khairat berlumba-lumba melakukan kebaikan? Alhamdulillah hidup kita maseh ada serba sedikit kemampuan…ada orang xmerasa tilam yang empuk,makan dgn tenang,rumah yang selesa…pakaian yang baik…. kita jak kurang bersyukur??? Moga Allah kurniakan kita nikmat rasa syukur dgn hati yang tenang? #fyp? #fyp #sarawaktiktok #fyp
? original sound – Afhi Affandy – Afhi Affandy
Menerusi perkongsian oleh pengguna TikTok iaitu Afhi Affandy, lelaki yang dikenali sebagai Haji Wan Alamshah itu dengan spontan membuka baju t-shirt yang dipakainya kemudian diberikan kepada gelandangan yang hanya berseluar itu.
Lelaki tersebut bertindak sedemikian berikutan cuaca yang sejuk kerana kawasan tersebut baru sahaja dituruni hujan.
Lebih menyentuh hati apabila Haji Wan turut dilihat membeli makanan di gerai berhampiran untuk diberikan kepada gelandangan tersebut.
Dalam masa yang sama, Afhi mendedahkan bahawa Haji Wan adalah seorang insan yang suka membantu orang lain malah pernah menasihatinya agar sentiasa membuat kebaikan.
Semoga Allah terima amal kebaikan Tuan Haji Wan Alamshah.
Hidup Haji Wan tak jauh daripada amal kebajikan. Masih teringat kata-katanya, ‘tak mampu kita kenyangkan orang, cukup buat orang yang kita bantu tersenyum’.
Allahu semoga menjadi asbab mengajak orang lain dalam fastabiqul khairat, (berlumba-lumba melakukan kebaikan).
Alhamdulillah, hidup kita masih ada serba sedikit kemampuan. Ada orang tak merasa tilam yang empuk, makan dengan tenang, rumah yang selesa dan pakaian yang baik. Kita kurang bersyukur. Moga Allah kurniakan kita rasa nikmat, rasa syukur dengan hati yang tenang.
Difahamkan senario tersebut berlaku di Kuching, Sarawak yang telah berjaya meraih perhatian warganet dengan tontonan sebanyak 4.8 juta dan lebih 600 ribu tanda suka setakat ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut tersentuh dengan tindakan Haji Wan dan memuji sikapnya yang suka menyatuni orang susah.