Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, January 18, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Lelaki Takut Nak Dekat Sebab Anggap Saya Dominan & High Maintenance’...

    [VIDEO] ‘Lelaki Takut Nak Dekat Sebab Anggap Saya Dominan & High Maintenance’ – Sherry Alhadad Tak Kisah Bakal Suami Bergaji Lebih Rendah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Menginjak usia 40 tahun, pengacara dan pelakon Sherry Alhadad mengakui memasang impian untuk mendirikan rumah tangga namun percaya dengan takdir dan menyerahkan urusan jodoh kepada Allah SWT.

    ‘2025 masih bujang, belum ada jodoh’

    Ketika ditemui oleh , Sherry Alhadad atau nama penuhnya, Shariffah Ferry Mariam Sri Karisma, mengakui sering dihujani pertanyaan mengenai teman hidup dan perkahwinan.

    Namun begitu, Sherry tidak pernah berkecil hati. Sebaliknya, percaya bahawa pertanyaan tersebut adalah disebabkan keprihatinan dan kasih sayang orang sekeliling terhadap dirinya.

    Saya tak semak dan tersinggung pun bila ditanya soalan bab jodoh sebab saya tahu ramai yang prihatin dengan saya. InsyaAllah kalau ada rezeki, saya akan berkahwin. Doakan saya ye.

    Tambah Sherry lagi, meskipun sudah sekian lama menyimpan impian untuk membina sebuah keluarga, namun dia percaya kepada perancangan yang telah diatur oleh Allah SWT untuk dirinya.

    2025 masih bujang tak apa, belum ada jodoh lagi Saya nak kahwin tapi itu lah, kita hanya boleh mengimpikan tapi jodoh, ajal semua tu ditangan Tuhan.

    Sherry berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Gempak Most Wanted Awards yang berlangsung di DADI Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Rabu.

    ‘Ramai lelaki takut nak dekat dengan saya’

    Dalam pada itu, Sherry tidak menolak kemungkinan ramai lelaki yang takut dan segan untuk mendekatinya, mungkin disebabkan keperibadiannya yang tegas dan dikenali ramai.

    Ramai lelaki takut nak dekat dengan saya, mungkin sebab rasa saya terlalu dominan dan high maintenance. Manakala, saya tidaklah seperti itu.

    Saya rasa mungkin ‘tenaga’ saya terlalu besar, jadi dia takut nak dekat. Mungkin saya lebih kena berlemah lembut.

    Pelakon drama Sutun 2 ini turut menegaskan bahawa dia tidak pernah meletakkan pendapatan sebagai syarat untuk menerima seseorang lelaki tetapi individu tersebut haruslah seorang yang bertanggungjawab

    Saya tak kisah berkawan dengan lelaki yang mempunyai pendapatan rendah daripada saya. Sebelum ini pun saya pernah cakap, saya tak ada letakkan ciri-ciri yang tetap, tapi sebenarnya kalau lelaki itu boleh berbual, berbincang dan seorang lelaki bertanggungjawab.

    Kalau kurang pendapatan daripada saya, saya pun okay. Saya ni orang biasa juga cumanya sebab pekerjaan saya di hadapan televisyen, orang nampak macam glamour. Sebenarnya saya biasa je.

    Dalam perkembangan lain, Sherry bersama dua lagi rakan artis iaitu Amelia Henderson dan Shawn Lee bakal tampil sebagai pengacara pada malam berprestij Gempak Most Wanted Awards yang bakal berlangsung pada 25 Februari akan datang.

    ALSO READ:  [VIDEO] Amat Ajak Amer Photo Battle, Agak-Agak Korang Siapa Yang Menang?

     

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts