Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Lelaki Ujiannya Tidak Banyak, Hanyalah Wanita’ – Atu Zero

    [VIDEO] ‘Lelaki Ujiannya Tidak Banyak, Hanyalah Wanita’ – Atu Zero

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    atuatu

    Setiap pasangan suami isteri mempunyai cara masing-masing untuk menghargai antara satu sama lain, namun lain pula bagi pelawak Atu Zero dan isterinya.

    Suami & bapa yang bertanggungjawab

    atuatu

    Menerusi temu bual bersama Mingguan Wanita, pelawak berasal dari Sabah itu mengakui dirinya bukanlah seorang yang romantik namun yang penting baginya adalah menjalankan tanggungjawab dengan baik sebagai seorang suami dan ayah.

    Saya tak romantik. Macam saya, cara saya hargai isteri saya tak akan tunjuk.

    Tanggungjawab saya, saya lakukan sebagai seorang suami, sahabat, bapa kepada anak-anak dan sebagai seorang nakhoda di atas kapal yang sentiasa berombak walaupun tenang.

    Sementara itu, isteri kepada pelawak tersebut iaitu Shafeeqa Johari mendedahkan bahawa Atu sentiasa memberi ruang kepadanya untuk membuat pilihan.

    Tapi dia sentiasa bagi saya ruang untuk saya buat apa yang saya nak, bagi saya pilihan. Jadi itulah cara dia menghargai saya.

    Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Sharif Kunal Doli Sharif mengakui ujian terbesar bagi seorang lelaki adalah wanita dan bukannya harta yang dimiliki.

    Nasihat untuk diri sendiri. Lelaki ini ujiannya tidak banyak, ujiannya hanyalah wanita. Macam mana kita nak mengawal ujian itu adalah daripada diri sendiri.

    Untuk info, Atu dan Shafeeqa mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

    @mingguanwanita

    Atu Zero akui ujian seorang lelaki bukan pada harta tetapi wanita! Apapun isterinya Shafeeqah menerangkan walau Atu bukannya seorang lelaki yang romantik namun suaminya itu bertanggungjawab dan sentiasa memberi ruang apa yang dirinya ingin lakukan. #mwambiltahu #mingguanwanita #wanitadihargai #fyp

    ? original sound – MingguanWanita – MingguanWanita

    ALSO READ:  Pasangan Tular Timang Anak Ke-12 Selepas 19 Tahun Berkahwin

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts