Pendakwah Haris Ismail berpesan kepada golongan lelaki untuk menyediakan tempat tinggal terlebih dahulu kepada bakal isteri sebelum mendirikan rumah tangga.
Sediakan tempat tinggal
Haris atau mesra disapa PU Riz berkata, perkara itu juga ada disebut oleh Baginda Rasullah, Nabi Muhammad S.A.W.
Nanti bila sudah kahwin, yang datang lebih besar adalah tanggungjawab. Yang datang lebih besar adalah nafkah yang perlu diberikan. Handsome kalau tak beri nafkah, tak guna juga.
Kepada orang lelaki, apa yang sepatutnya dibuat sebelum kahwin? Nabi kata, ‘wahai lelaki, sebelum kahwin perlu sediakan tempat tinggal’. Tidak kira sewa atau beli, mesti sediakan tempat tinggal.
Perkara ini juga ada ulama kata wajib dan ada sunnah kata mesti dibuat.
Haris berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya ketika dia menyampaikan ceramah di sebuah acara.
Dalam pada itu, Haris berkata, Allah murka dengan golongan lelaki yang gagal menunaikan tanggungjawab sebagai suami.
Sebab itu, zaman sekarang ada lelaki yang kahwin dengan isteri kaya kemudian dia kata ‘i’m so happy, living in the house tak perlu bayar apa-apa, hidup senang’, tetapi itulah kemurkaan Allah.
Sebab tak faham apa yang disuruh Allah. Bila tak bahagia kemudia barulah nak persoal, sedangkan perkara yang pertama pun tidak dibuat.
Video
View this post on Instagram