Sepotong video memaparkan pempengaruh Kasih Iris Leona melakukan rawatan ‘fat melting’ sebagai inisiatif mengecilkan dan membuang lemak di bahagian dagu telah menyorot perhatian wargamaya.
Rawatan kecilkan double chin
Menerusi hantaran di TikTok, Leona berkongsi kepada pengikutnya mengenai proses rawatan tersebut di sebuah klinik.
Dapat dilihat, antara proses yang dilakukan adalah memeriksa kawasan lemak di bawah dagu, melukis menggunakan pensil khas, meletakkan ais dan menyuntik.
Kata anak kepada aktor Azhar Sulaiman itu, proses rawatan berkenaan tidak menyakitkan seperti mana disangka olehnya.
Malah, Leona kelihatan gembira dan tenang sepanjang rawatan itu dilakukan oleh doktor.
Respon warganet
Seperti dijangka, perkongsian tersebut bakal menuai pelbagai reaksi warganet.
Rata-rata netizen yang singgah ke ruangan komen saling menyalahkan antara satu sama lain susulan sebelum ini ada yang menegur bentuk leher Leona yang bengkak dan mendakwa dia menghidap penyakit tiroid.
Pun begitu, ada juga segelintir yang mengatakan Leona sudah semula jadi cantik dan tidak perlu melakukan rawatan berkenaan.
Video
@leonathe2nd Bye bye double chin @Sierra Clinic ? original sound – le yoooooooo na