Pempengaruh terkenal yang juga anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona berkongsi aktiviti yang dilakukannya ketika berkunjung ke Kelantan menerusi hantaran di TikTok.
Leona canting batik
@leonathe2ndNampak sangat ni minat Bukan bakat – rees? original sound – le yoooooooo na
Menerusi hantaran tersebut, Leona dilihat sedang mencanting batik di sebuah pusat perusahaan batik di Negeri yang terkenal dengan jolokan ‘Serambi Mekah’ itu.
Menurut Leona, bakatnya dalam mencanting batik seharunya dipendam kerana beranggapan hasil tangannya tidak berapa cantik.
Orang kata saya ada bakat, tetapi pada saya ini adalah bakat yang perlu saya pendam saja.
Sungguhpun begitu, hasil tangan yang dilakukan pempengaruh berusia 22 tahun ini dilihat begitu cantik meskipun baru pertama kali melakukannya.
Leona juga sempat berseloroh dengan mengatakan bahawa dia mahu menjual hasil tangannya itu dengan harga RM 1 juta.
Siapa nak beli? RM 1 juta by Leona. Apo ini?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji hasil tangan Leona sambil berseloroh mengatakan bahawa mereka sanggup untuk membeli hasil tangan Leona tersebut.